Polis telah mengenal pasti tiga mat rempit yang dipercayai membelasah pemandu ambulans berhampiran Plaza Tol Taiping Utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata ketiga-tiga lelaki itu dikenal pasti berdasarkan maklumat dan keterangan daripada mangsa.
"Seorang daripada suspek dijangka menyerah diri malam ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Keluarga suspek berkenaan akan hadir ke balai polis untuk menyerahkan suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan dalam kejadian 1.40 pagi itu, pemandu ambulans berumur 53 tahun tersebut cedera akibat ditumbuk di kening kanan selepas menegur sekumpulan mat rempit yang sedang berlumba.
Seorang jururawat yang menjaga pesakit di belakang cuba membantu dan meleraikan kumpulan terbabit juga diterajang.
Mangsa yang enggan dikenali, berkata ketika kejadian dia bersama seorang pembantu perubatan dan seorang jururawat dalam perjalanan membawa pesakit dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping.
Katanya, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol itu,dia melihat sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang berlumba.
"Oleh kerana tindakan mereka boleh membahayakan perjalanan ambulans, saya menggunakan pembesar suara menegur mereka agar memberi laluan kepada kami.
"Tetapi, tindakan saya membangkitkan kemarahan mereka yang kemudian menghimpit ambulans sebelum seorang daripada mat rempit itu terjatuh, mereka makin marah dan terus menghalang laluan kami menggunakan motosikal masing-masing," katanya.
Katanya sebaik ambulans berhenti, kira-kira empat hingga enam remaja lelaki itu kemudian membuka pintu dan menariknya keluar daripada kenderaan sebelum menumbuk mukanya dan membelasahnya bertubi-tubi.-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2017
Pemandu ambulans itu dibelasah kerana menegur sekumpulan mat rempit yang berlumba. - Gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang
Suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai akauntan telah memarahi pengadu berkaitan hutang berjumlah RM87,000.
Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek
Mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi.
Polis buru suspek kes belasah pekerja perkhidmatan keranda guna rantai besi
Mangsa dipukul di bahagian belakang badan, kepala, tangan kiri dan kaki oleh suspek susulan pergaduhan berhubung kematian teman wanita pekerja berkenaan.
Suspek belasah pemandu hingga patah 7 gigi ditahan
Suspek yang juga warga Filipina memandu Perodua Alza berusia 35 tahun ditahan polis di kawasan Kepayan, jam 2 petang.
Tegur pemandu tidak guna lampu isyarat, lelaki dibelasah hingga patah tujuh gigi
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih dengan sebuah lagi kenderaan Perodua Alza.
Gaduh angkara vape: Polis tahan 16 lelaki
Kes dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik.
Belasah pelajar junior: Polis tunggu arahan timbalan Timbalan Pendakwa Raya
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, tindakan untuk mendakwa atau tidak, bergantung kepada arahan berkenaan.
Pelajar dibelasah guru dipercayai ceroboh asrama - JPN
Kejadian berpunca daripada kesalahan dilakukan pelajar berusia 16 tahun terbabit bersama beberapa rakan lain menceroboh bilik asrama pelajar lain.
Polis tahan empat lelaki warga India kerana membelasah pemandu e-hailing
Polis telah menahan empat lelaki warga India yang membelasah seorang pemandu e-hailing sehingga cedera.