KUALA LUMPUR:Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor dan Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.
Beikut perincian penamatan PKPD terlibat:
1. Penamatan PKPD Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters
Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru yang dijadualkan tamat pada 24 Januari 2021.
Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 1,402 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 1,015 kes positif COVID-19 telah direkodkan. KKM mengesahkan kes yang dilaporkan di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta terkawal dan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 13 Januari 2021.
Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru pada 24
Januari 2021 seperti yang dijadualkan.
2. Penamatan PKPD Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor
Kerajaan sebelum ini juga telah PKPD Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor yang dijadualkan tamat pada 29 Januari 2021.
Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,978 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 692 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
Pelaporan kes positif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta tiada lagi sampel menungggu keputusan.
Selain itu, KKM turut mengesahkan sebanyak 23 baki kes aktif akan tamat tempoh isolasi pada hari ini, 23 Januari 2021
Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor pada hari ini, 23 Januari 2021 lebih awal daripada yang dijadualkan.
3. Penamatan PKPD Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan
Kerajaan sebelum ini juga telah melaksanakan PKPD Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan yang dijadualkan tamat pada 24 Januari 2021.
Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 2,775 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 908 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
KKM melaporkan kes positif baru di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan tiada penularan jangkitan dikesan kepada anggota keluarga kakitangan yang tinggal di kuarters.
Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan seramai 49 kes aktif masih dirawat di PKRC & 69 orang (kontak rapat) yang masih dalam tempoh HSO sedang ditempatkan di Blok Transit (Blok Muhasabah).
Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan pada 24 Januari 2021 kecuali di Blok Transit
(Blok Muhasabah) yang dilanjutkan lagi bermula 25 Januari hingga 7 Februari 2021.
Astro Awani
Sat Jan 23 2021
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi hari ini. - Gambar fail
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Fokus Minggu Depan: Asam garam pengorbanan, di sebalik kisah pelarian Myanmar
Fokus Minggu Depan memberi fokus kepada isu pelarian Myanmar di Malaysia menerusi klip pendek Asam Garam Pengorbanan menampilkan Ahmed (pelarian dari Myanmar dan Shahril Hamdan, pengasas bersama podcast Keluar Sekejap).
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Asap kelihatan di langit Beirut
Asap kelihatan di langit ibu kota Beirut di Lubnan ketika subuh pada Sabtu, selepas semalaman letupan didengari dan dilihat dari kawasan tersebut.
Penduduk Yaman berkumpul, protes kecam kekejaman Israel
Protes dan tunjuk perasaan berlaku di banyak tempat di Yaman, menyatakan mereka membantah keras tindakan agresif Israel kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.