Tiga lelaki ditahan polis semalam kerana didapati memiliki pokok ganja hidup setinggi 61 sentimeter yang ditanam di kebun kelapa sawit berhampiran kediaman mereka di Semerah di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata ketiga-tiga lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan pada 1 tengah hari.
Beliau berkata pokok ganja terbabit ditemui selepas pemeriksaan dibuat kediaman suspek ekoran satu laporan mengenai kehilangan sebuah motosikal.
"Polis melakukan pemeriksaan berdasarkan laporan kehilangan sebuah motosikal di sekitar Parit Jawa. Dalam pemeriksaan itu, polis turut merampas beberapa paket lut sinar dipercayai berisi dadah jenis syabu serta helaian kering tumbuhan dipercayai ganja sebelum menemui pokok berkenaan.
"Suspek memberikan alasan bahawa mereka hanya mencuba menanam pokok berkenaan dan tidak menyangka tumbuhan itu boleh hidup," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, pada Rabu.
Azhan berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sama ada pokok ganja itu adalah untuk kegunaan peribadi atau sebaliknya.
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati kesemua mereka positif penggunaan dadah, bagaimanapun tiada rekod jenayah lampau," katanya.
Perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek dikemukakan hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang enam kali sebatan.
Sementara itu, melalui serbuan berasingan oleh Cawangan Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) IPD Batu Pahat, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan pada 10.20 malam tadi kerana disyaki terlibat mengendalikan perjudian secara dalam talian.
"Dalam serbuan yang dilakukan, kami telah merampas pelbagai peranti dan peralatan untuk digunakan dalam 'judi online' seperti set komputer, telefon bimbit, kad sim, mesin kira, kamera litar tertutup, modem, papan putih dan buku catatan mengandungi maklumat disyaki rekod perjudian.
"Berdasarkan siasatan, sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak awal tahun manakala kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 bagi setiap peranti yang dirampas atau penjara sehingga tiga tahun," katanya.
Bernama
Wed May 27 2020

Tiga ditahan tanam pokok ganja berhampiran kediaman mereka di Semerah, Johor . - Gambar BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram
PGA Briged Tenggara menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 16.17 kg dadah jenis ganja dianggarkan bernilai lebih RM50,000, di pangkalan haram Hassan Merah dekat Rantau Panjang.

38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Along Cham sujud syukur lepas tanpa bebas satu kes dadah
Bagaimanapun, Along Cham dituduh semula di Mahkamah Majistret di Sepang atas dua pertuduhan lain iaitu memiliki dan memasukkan dadah.

Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.

Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah
Miliki ganja ketika umrah: Pelawak popular dipenjara 6 bulan di Jeddah

Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 58.23 gram, Sabtu minggu lalu.

Artis lelaki ditahan kes ganja terjebak penagihan sejak 8 tahun lalu - Polis
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.

KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.