Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas meleraikan satu insiden pergaduhan yang berlaku di kawasan asrama Kilang MAAM, Taman Ria Jaya pada 16 Dis lepas.
G.Magen, 23, R.Nares Kumar, 23, dan Cheng Kim Hong, 18, meminta dibicarakan selepas dituduh menyerang seorang anggota polis Koperal Saiful Rizan Mohd pada 5.30 pagi hari tersebut.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin, mereka didakwa mengikut Seksyen 152 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Sementara itu, tertuduh kedua, Nares Kumar didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang, pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani menawarkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, bagaimanapun mereka memohon pengurangan atas alasan tidak berkemampuan.
Majistret kemudiannya menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh, dan menetapkan 21 Jan depan untuk sebutan serahan dokumen.
Bernama
Thu Dec 20 2012


Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Tiga lelaki halang tugas penjawat awam dihadapkan ke mahkamah
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas meleraikan satu insiden pergaduhan.