JOHOR BAHRU: Tiga pendaki, dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sesat selama sembilan jam di hutan itu sebelum ditemukan selamat tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman dalam kenyataan berkata ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 30an itu ditemukan selepas Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada 4 petang melibatkan JPNJ, Balai Polis Kangkar Pulai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangkar Pulai serta Malim Gunung Perhutanan (MGP).
Beliau berkata mereka dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai melalui Taman Awam Bandar Baru Kangkar Pulai pada 9 pagi dan meneruskan pendakian ke Sungai Emas (Hutan Simpan Gunung Pulai) untuk menuju ke Tasik Biru Kangkar Pulai, namun gagal menemukan jalan keluar.
"Aduan diterima oleh Balai Polis Kangkar Pulai pada 4 petang, selepas mangsa membuat laporan sendiri menerusi panggilan telefon dan memaklumkan bahawa mereka tersesat serta tidak menjumpai jalan pulang.
"Difahamkan juga, mangsa kali pertama memasuki kawasan tersebut dan hanya mendapat maklumat daripada pendaki lain," katanya.
Salim berkata pendaki tersebut didapati tidak mempunyai permit untuk memasuki hutan simpan serta tanpa kawalan jurupandu atau MGP.
Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1995 Negeri Johor, katanya.
Beliau berkata JPNJ telah mengumumkan penutupan trek pendakian Gunung Pulau bermula 20 Nov lepas, sekali gus menasihatkan orang ramai agar mematuhi larangan penutupan itu atas faktor keselamatan diri dan ketenteraman awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Tiga pendaki yang dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai ditemukan selamat tengah malam tadi. - Foto Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lelaki ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai sesat 9 jam
Salim berkata pendaki tersebut didapati tidak mempunyai permit untuk memasuki hutan simpan serta tanpa kawalan jurupandu atau MGP.