Tiga sekawan terlepas dari tali gantung apabila mereka dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari ini daripada tuduhan membunuh seorang pemilik kedai perabot, empat tahun lalu.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membebaskan Tee Chih Wei, 29, Izwan Mohamad, 30, dan Mohd Kasful Anuar Ghazali, 29, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Tertuduh pertama, Tee seorang bekas mekanik dan Izwan Mohammad serta Mohd Kasful masing-masing bekas pemandu dan kelindan lori sebelum ini dituduh dengan niat bersama membunuh Ong Chee Leong, 58, di Foong Soon Furniture Trading, Jalan Tupai, Taiping pada 10.45 pagi, 8 Julai 2012.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Hayatul Akmal dalam keputusannya berkata, tertuduh pertama dikatakan hanya mahu menggertak serta memberi amaran kepada Ong kerana dikatakan sering memukul isteri serta anak tirinya yang merupakan teman wanita Tee.
Sehubungan itu, Tee meminta bantuan seorang rakan untuk mencari orang bagi menggertak mangsa sebelum diperkenalkan dengan tertuduh kedua iaitu Izwan Mohammad yang kemudiannya mengajak tertuduh ketiga, Mohd Kasful.
Bagaimanapun, sebelum mereka sempat menggertak serta memberi amaran kepada mangsa pada hari kejadian, Tee telah diberitahu mangsa telah meninggal dunia akibat dibunuh.
Menurut Hakim, sepanjang perbicaraan keterangan daripada ketiga-tiga tertuduh adalah konsisten, malah saksi pendakwaan juga setuju mereka hanya ingin mengertak mangsa dan bukannya membunuh.
Hayatul Akmal juga berkata tiada saksi yang melihat ketiga-tiga tertuduh di lokasi kejadian dan pihak pendakwaan tidak menyoal balas tujuan mengertak mangsa.
Sebanyak 26 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Harris Ong Jeffry Ong.
Manakala Tee diwakili Muhammad Ashraff Mohd Diah dan Mohd Ruzaimi Zulkifli.
Sementara itu, Izwan diwakili peguam V. Santhiran, manakala Mohd Kasfuldiwakili Ranjit Singh Sandhu.
Astro Awani
Fri Nov 11 2016
![Tiga lelaki bebas tuduhan bunuh pemilik kedai perabot Tiga lelaki bebas tuduhan bunuh pemilik kedai perabot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478856129_SahabatTaliGantung.jpg)
Tertuduh pertama hanya dikatakan hanya mahu menggertak serta memberi amaran kepada mangsa. - Foto Astro AWANI
![Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720774947_TBITALYHEATWAVE.jpg)
Panas melampau ragut lima nyawa di Itali - Laporan
Kementerian Kesihatan mengumumkan tahap kecemasan cuaca tertinggi di 11 daripada 27 bandar terbesar pada hujung minggu.
Sarawak kaji pelaksanaan undang-undang keselamatan buli siber
Sarawak akan mengkaji sebarang pelaksanaan undang-undang untuk meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial sekiranya platform tersebut digunakan untuk aktiviti buli siber.
Awang Bemee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed di Dewan Negara.
Nelayan dilapor hilang sejak 12 Julai ditemui selamat
Seorang nelayan yang dilaporkan hilang sejak 12 Julai lalu ditemui selamat pada hari kedua operasi mengesan mangsa pada Isnin.
Abang Johari dikurniakan Darjah Setia Negara Brunei
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin menerima darjah kebesaran negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-78 Keputeraan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
![Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721038261_Turkey.jpg)
Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.
![MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721037960_tbTengkuZafrul.jpg)
MITI jangka pelaksanaan e-invois tidak jejas jualan kenderaan tahun ini
MITI menjangka pelaksanaan e-invois yang dijadualkan bermula secara berperingkat pada Ogos depan tidak akan memberi impak kepada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini.
![Sorakan ribuan peminat sambut Jin BTS bawa obor Sukan Olimpik Paris Sorakan ribuan peminat sambut Jin BTS bawa obor Sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721040225_TBBTSJINOLYMPIC.jpg)
Sorakan ribuan peminat sambut Jin BTS bawa obor Sukan Olimpik Paris
Penyanyi Korea Selatan itu mengetuai larian pembawa obor berganti-ganti di Muzium Louvre di Paris, bermula kira-kira 8 malam.
![Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721037466_ImranKhan.jpg)
Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.
![20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid 20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721037744_ZahidHamidi.jpg)
20,000 CCTV diperlukan bagi pemantauan di KL - Ahmad Zahid
DBKL memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.
![Samun dan jerut: Penganggur dituduh membunuh Samun dan jerut: Penganggur dituduh membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658207471_PENGANGGURHADAP.jpg)
Samun dan jerut: Penganggur dituduh membunuh
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Temerloh atas empat pertuduhan berbeza.
![Tiga lelaki bebas tuduhan bunuh pemilik kedai perabot Tiga lelaki bebas tuduhan bunuh pemilik kedai perabot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71478856129_SahabatTaliGantung.jpg)
Tiga lelaki bebas tuduhan bunuh pemilik kedai perabot
Hakim berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.