MELAKA: Tiga laluan di Banda Hilir akan ditutup sementara Jumaat ini sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ia melibatkan Jalan Kota dan Jalan Taman (berhampiran Menara Taming Sari) bermula 6 petang hingga 12 tengah malam manakala Jalan Parameswara iaitu dari hadapan bekas bangunan Hotel Equatorial hingga ke tapak program bermula 7.30 malam hingga 12 tengah malam.
"Kita jangka kira-kira 20,000 kenderaan akan masuk ke kawasan Banda Hilir yang merupakan pusat tumpuan pelancong pada Jumaat ini berbanding purata kira-kira 10,500 kenderaan sehari pada cuti hujung minggu.
"Polis Melaka telah membuat persiapan rapi menerusi beberapa pendekatan yang telah dirangka bagi memastikan sambutan Hari Malaysia kali ini berjalan lancar dan aspek keselamatan diberi keutamaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata 336 pegawai dan anggota ditugaskan sempena sambutan berkenaan, meliputi tugasan mengawal aliran trafik dan kawalan keselamatan di sekitar kawasan Banda Hilir dan tapak program.
Christopher turut menasihatkan orang ramai yang ingin menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia 2022 supaya datang awal dan meletakkan kenderaan mereka di parkir yang disediakan di sekitar kawasan berhampiran.
"Lebih 2,000 tapak parkir disediakan di sekitar Bandar Hilir dan terdapat bas ulang alik yang akan mengambil pengunjung di tempat parkir tersebut untuk ke tapak sambutan Hari Malaysia.
"Polis juga akan melakukan rondaan berkala di kawasan parkir kereta bagi memastikan keselamatan kenderaan yang ditinggalkan termasuk di kawasan Pulau Melaka terjamin dan orang ramai juga dinasihatkan tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan mereka," katanya.
Orang ramai juga diminta memberi kerjasama dengan pihak berkuasa khususnya polis dengan mengikut arahan atau tunjuk arah yang diberikan serta peraturan sedia ada bagi memastikan kelancaran aliran trafik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
![Tiga laluan di Banda Hilir ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia Tiga laluan di Banda Hilir ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663160446_ACPChristopherPati.jpg)
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit menunjukkan peta jalan yang akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir pada Jumaat ini. - Foto BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Lebuhraya NPE, BESRAYA ditutup sementara Ahad ini Lebuhraya NPE, BESRAYA ditutup sementara Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725434352_NPE.jpg)
Lebuhraya NPE, BESRAYA ditutup sementara Ahad ini
Lebuhraya Baru Pantai (E10 NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (E9 BESRAYA) akan ditutup sementara dari 12.01 tengah malam sehingga 11 pagi Ahad ini (8 Sept).
![Tanah jerlus: Laluan sekitar Jalan Masjid India ditutup kepada semua kenderaan Tanah jerlus: Laluan sekitar Jalan Masjid India ditutup kepada semua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724833407_tanahjerlus.jpg)
Tanah jerlus: Laluan sekitar Jalan Masjid India ditutup kepada semua kenderaan
Tinjauan mendapati laluan sepanjang kira-kira 300 meter dipasang pita keselamatan, dengan anggota Rela bertugas bagi mengawal keadaan.
![Tiga laluan di Banda Hilir ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia Tiga laluan di Banda Hilir ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663160446_ACPChristopherPati.jpg)
Tiga laluan di Banda Hilir ditutup sementara sempena sambutan Hari Malaysia
Tiga laluan di Banda Hilir akan ditutup sementara Jumaat ini sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
![Banjir: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang, plaza tol ditutup Banjir: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang, plaza tol ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639839583_Banjir.jpg)
Banjir: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang, plaza tol ditutup
Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang sejak tengah hari tadi selain berberapa plaza tol turut ditutup, berikutan banjir akibat hujan lebat yang berterusan sejak semalam.
![LPT1 dinaiki air, laluan Kuantan-Kuala Lumpur ditutup LPT1 dinaiki air, laluan Kuantan-Kuala Lumpur ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609643145_HIGHWAYBANJIR.jpg)
LPT1 dinaiki air, laluan Kuantan-Kuala Lumpur ditutup
Pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur dimohon menangguhkan dahulu perjalanan buat sementara waktu.