Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiga lagi kes difteria dikesan di Johor setakat semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata kes masing-masing melibatkan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun serta remaja perempuan berusia 15 tahun.
Katanya, kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas dan kesemua mereka yang dijangkiti tinggal di rumah yang sama.
"Kesemua kes telah menerima rawatan di hospital dan dalam keadaan stabil. Satu kes telah dibenarkan pulang ke rumah manakala dua lagi kes masih dirawat di hospital," katanya.
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan difteria.
Dr Noor Hisham berkata lapan orang lagi yang tinggal serumah dengan kes kematian dan tidak bergejala juga diberi rawatan antibiotik sebagai profilaksis (pencegahan).
"Keadaan kesihatan mereka dipantau secara harian oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru selama 14 hari. Tiada kes baharu dilaporkan dan kejadian adalah terkawal.
"Susulan kejadian wabak difteria di Johor ini, KKM ingin menegaskan kepentingan pemberian imunisasi bagi mencegah penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin seperti difteria, demam campak, batuk kokol dan lain-lain," katanya.
Dr Noor Hisham berkata penyakit-penyakit itu amat mudah merebak dan kanak-kanak berisiko tinggi untuk dijangkiti dan pemberian vaksin kepada kanak-kanak membantu tubuh mereka membina antibodi yang boleh melawan kuman penyebab penyakit dan memberi perlindungan daripada jangkitan.
"Sekiranya seseorang yang telah menerima vaksin dijangkiti kuman penyebab penyakit tersebut, gejala yang dialami adalah ringan.
"Namun, seseorang yang tidak divaksinkan pula bukan sahaja mudah dijangkiti, tetapi turut berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi jangkitan yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ dan juga kematian," katanya.
Beliau seterusnya menyeru ibu bapa agar sentiasa memastikan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh KKM dan bagi kanak-kanak yang telah tercicir suntikan, perkhidmatan imunisasi boleh didapatkan daripada fasiliti kesihatan terdekat.
Astro Awani
Sun Mar 03 2019

Dr Noor Hisham berkata kes melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia empat tahun serta remaja perempuan 15 tahun. -Gambar fail

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin pada 2020 - Kajian WHO, UNICEF
Perkhidmatan vaksinasi rutin kanak-kanak di Asia Tenggara dan Mediterranean Timur antara yang terjejas teruk, menurut WHO.

KKM ubah Jadual Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak mulai bulan ini
Vaksin lima serangkai kepada kanak-kanak akan ditukar kepada vaksin enam serangkai mulai November.

Tiada vaksin, tiada sekolah - Itali perkenal undang-undang baru
Dikenali sebagai Undang-undang Lorenzin, ia mewajibkan semua kanak-kanak di Itali yang berumur enam hihgga 16 tahun untuk divaksinkan dan jika tidak, ibu bapa mereka akan didenda.

Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tiga lagi kes difteria disahkan di Johor
Kanak-kanak perempuan itu merupakan kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia akibat diifteria pada 23 Feb lepas.

Malaysia akan bina kilang vaksin halal pertama di dunia
Dengan pembinaan kilang tersebut pihaknya mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa kerana vaksin yang dihasilkan dari kilang itu adalah halal.

Kes campak global meningkat 50 peratus, pengaruh antivaksin antara punca
Kemunculan semula campak di kebanyakan negara dikaitkan dengan fahaman tidak berasas bahawa vaksin campak membawa kepada kes autisme.

Kedah antara negeri tertinggi tolak vaksin
Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.

3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.

Kerajaan Johor kaji wajibkan suntikan vaksin
Dr Sahruddin Jamal berkata, penyakit dan kes yang jarang ditemui seperti difteria yang kini sudah mula dikesan di negeri Johor.