KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan kelas C bersama tiga kru warga Thailand di kedudukan 12.8 batu nautika barat daya Pulau Terong, dekat sini, petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, mereka ditahan kira-kira jam 1 petang ketika bot Maritim Malaysia membuat rondaan rutin kerana bergerak dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan telah menemukan tiga kru termasuk tekong berada di atas bot terbabit dan kesemua mereka merupakan warga Thailand berusia lingkungan 40 hingga 51 tahun.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, dokumen pengenalan diri yang dikemukakan oleh kesemua suspek meragukan keabsahannya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohd Sharenliza berkata, sebanyak 100 kilogram hasil ikan baja turut ditemui semasa pemeriksaan ke atas bot dilakukan dan kesemua suspek, bot, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985, kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Feb 08 2022

Mereka ditahan kira-kira jam 1 petang ketika bot Maritim Malaysia membuat rondaan rutin kerana bergerak dalam keadaan mencurigakan. - APMM

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.

Maritim tahan bot nelayan tempatan dioperasi kru Myanmar
Anggota penguat kuasa telah terserempak dengan bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan berada dalam keadaan mencurigakan.

Hari Kebangsaan: APMM julung kali peraga enam variasi pakaian
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) buat julung kali memperagakan enam variasi pakaian seragam kepada tatapan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Seorang lemas, tiga hilang dalam kejadian bot terbalik di Kemaman
Bot nelayan terbabit dikatakan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong untuk pergi memancing.

Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan
APMM Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang.

APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
APMM Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.

Bot nelayan selamatkan remaja nyaris lemas
Tindakan pantas nelayan pesisir pantai berjaya menyelamatkan seorang remaja daripada dihanyutkan arus ke tengah laut dalam kejadian di Pantai Pandak, Chendering.

Bomba hilang: Suami kata hari gaji nak bawa anak beli baju sekolah - Isteri
"Suami minta saya potong rambutnya dan beritahu esok (hari ini) gaji kalau ada rezeki nak bawa beli baju sekolah anak-anak," kata isteri kepada Mohd Izwan Illias.

Bot nelayan pukat tunda ditahan miliki alat komunikasi tidak berdaftar
Bot nelayan itu ditahan bot peronda PERKASA 1224 milik Maritim Malaysia semasa rondaan khas Op MARDOF di sekitar perairan Kuala Kedah.

Op Tiris: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bot nelayan tumpas
Kejayaan itu hasil operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas risikan selama dua minggu.