SEREMBAN: Tiga kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Dis lepas.
"Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban. Keputusan kes adalah positif dan tidak bergejala selain wanita itu telah lengkap divaksinasi pada 13 Ogos lepas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kes kedua melibatkan wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari United Kingdom melalui pintu masuk KLIA pada 14 Dis lepas dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.
Menurutnya wanita yang juga telah lengkap divaksinasi pada 19 Mei lepas itu menjalani kuarantin di rumahnya di Seremban manakala keputusan kes adalah positif dan mempunyai gejala ringan.
Veerapan berkata kes ketiga pula melibatkan wanita berumur 29 tahun yang juga tiba dari United Kingdom di KLIA pada 16 Dis lepas, dan disaring dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.
"Kes diarah menjalani kuarantin di kediamannya di Port Dickson dan disahkan positif. Individu berkenaan juga mempunyai gejala ringan selain lengkap divaksinasi pada 30 Mac dan menerima dos penggalak pada 22 Okt lepas," katanya.
Beliau berkata kesemua kontak rapat kepada ketiga-tiga wanita itu dikenal pasti dan dilakukan ujian tindak balas polymerase chain reaction (PCR) serta diarahkan menjalani kuarantin kendiri.
Menurutnya keadaan kes pada masa ini adalah terkawal, dan beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengambil suntikan dos penggalak bagi meningkatkan imuniti badan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Tiga kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam.
Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah
Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi mengkaji secara menyeluruh mengenai bahan cemar baharu termasuk mikroplastik yang berisiko.
Perkasa industri bahan bukan makanan untuk produk halal
Pada masa sama Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi berkata, sehingga Julai 2024, jumlah syarikat mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah sebanyak 9,146 buah syarikat.
Tiktok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live'
Jelas Fahmi Fadzil, kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan oleh penyedia platform media sosial berkaitan.
Hari bersejarah, PAC buat penerangan laporan dalam Dewan Rakyat
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini diberi ruang membuat penerangan di dalam Dewan Rakyat mengenai pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan HRD Corp.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Dewan Rakyat kecoh: ''Welcome back Hulu Langat'' - YB Sungai Petani
Dewan Rakyat kecoh selepas YB Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh kemuka 'point of order'. YB Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan kemudian mencelah meminta YB Besut duduk kerana membuang masa.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.
Penyelia restoran didakwa mabuk, langgar anggota polis
Seorang penyelia restoran dihadapkan ke Mahkamah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis trafik.
Lembaga Zakat Selangor bantu khunsa hilang pekerjaan
Skuad Saidina Umar Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang khunsa musykil yang kini hilang pekerjaan dan menumpang teduh di rumah rakannya.
Puting beliung EF1 landa Iowa, jejas harta awam
Sebuah rakaman menerusi loceng pintu menunjukkan detik-detik ketika puting beliung melanda sebuah rumah di iowa pada Isnin.
Rakaman itu turut menunjukkan angin kencang membadai pokok di luar dengan ganas sehingga menyebabkan ranting pokok dan daun berterbangan.
Rakaman itu turut menunjukkan angin kencang membadai pokok di luar dengan ganas sehingga menyebabkan ranting pokok dan daun berterbangan.
16 maut dalam kebakaran pusat beli-belah di China
Video yang disiarkan oleh media rasmi kerajaan, CCTV, dan dikongsi di media sosial pada malam Rabu menunjukkan asap hitam tebal berkepul keluar dari menara 14 tingkat di Zigong, wilayah Sichuan.
Penularan gelombang varian Omicron BA.5 di negara kecil - Khairy
Gelombang COVID-19 akibat penularan subvarian Omicron BA.5 di Malaysia adalah kecil dan terkawal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.
Malaysia lebih bersedia hadapi lonjakan kes Omicron - Khairy
Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron
Indonesia menetapkan peraturan isolasi di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala, kata Presiden Joko Widodo pada Jumaat.
Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar
Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika
COVID-19: Jangan terlalu cepat longgarkan SOP - Pakar Kesihatan
Kerajaan disarankan tidak terlalu tergesa-gesa dalam melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dalam situasi pandemik yang kelihatan kembali meningkat.
Omicron: Khairy gesa orang ramai bekerjasama perangi pandemik
Orang ramai perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik COVID-19 menerusi pemerkasaan komuniti susulan gelombang varian Omicron dalam negara, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Thailand lapor kes kematian pertama akibat Omicron
Thailand melaporkan kes kematian pertama akibat varian Omicron COVID-19.
Kes Omicron di Indonesia meningkat ke 748
Indonesia melaporkan 748 kes jangkitan akibat varian Omicron setakat Sabtu, menurut angka terkini dikeluarkan Kementerian Kesihatan negara itu.
India catat 268,833 kes COVID-19 baharu, meningkat kepada 36,850,962
Angka COVID-19 India meningkat kepada 36,850,962 pada Sabtu apabila mencatatkan 268,833 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini kementerian kesihatan India.