KOTA BHARU: Jajahan Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang di negeri ini dikenal pasti berpotensi mempunyai unsur nadir bumi berjumlah 2.56 juta tan dengan nilai RM125 bilion sekali gus bakal memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata mengikut kajian awal, nadir bumi bukan radioaktif itu paling banyak ditemukan di Aring, Gua Musang dengan keluasan 100,000 hektar manakala di Stong, Batu Melintang di Jeli dan Tanah Merah masing-masing seluas 80,000 dan 25,000 hektar.
"Setakat ini, prosedur operasi standard untuk mencari sumber nadir bumi sudah siap dan proses seterusnya akan dilaksanakan selepas perbincangan bersama kerajaan negeri selain melakukan beberapa persediaan termasuk tender dan mengeluarkan permit sebelum pengeluaran bahan mineral itu.
"KeTSA (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) melalui Jabatan Mineral dan Geosains akan memberi khidmat nasihat bagi membolehkan kelancaran prosedur seterusnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata Stong Geopark menerima pengiktirafan sebagai geopark kebangsaan kelapan di Malaysia kerana mempunyai 25 geotapak dengan empat daripadanya mempunyai nilai kepentingan bertaraf antarabangsa.
"Kerajaan sasarkan setiap negeri mempunyai satu geopark yang diktiraf di peringkat kebangsaan.
"Geopark adalah satu konsep atau kaedah pembangunan sesebuah wilayah dan membangunkan ekonomi masyarakat melalui pelbagai produk dan perkhidmatan geopelancongan," katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata pengiktirafan itu mampu meningkatkan pertumbuhan sektor ekonomi pelancongan Kelantan dan memastikan Stong Geopark dapat dibangunkan secara mampan dan holistik khusus kepada masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Stong Geopark Kebangsaan di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Tiga jajahan di Kelantan dikenal pasti miliki unsur nadir bumi - Takiyuddin
Jajahan Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang dikenal pasti berpotensi mempunyai unsur nadir bumi berjumlah 2.56 juta tan dengan nilai RM125 bilion.