PUTRAJAYA: Penantian tiga ibu mendapatkan dokumen kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara kini berakhir, apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerahkan dokumen berkenaan di ibu pejabat agensi itu di sini, hari ini.
Adlyn Adam Teoh, seorang ibu yang telah berjuang lebih 10 tahun bagi mendapatkan dokumen berkenaan untuk anak lelakinya ketika ditemui di sini, menyuarakan rasa terharu dan amat berterima kasih kepada kerajaan yang akhirnya mengiktiraf anaknya itu sebagai rakyat Malaysia.
"Hari ini adalah hari amat bermakna untuk saya. Saya bersyukur kerana keadilan telah ditegakkan. Setakat ini, hanya tiga ibu sahaja yang telah memperoleh kerakyatan untuk anak-anak kami, bagaimana pula dengan ibu lain yang masih menunggu dan menghadapi masalah sama," katanya yang berasal dari Satok, Sarawak.
Beliau berkata meskipun telah menerima dokumen berkenaan, beliau akan menunggu panggilan JPN esok bagi memastikan perincian dokumen itu telah dimuat naik dalam sistem JPN.
Pada 29 Dis lepas, Adlyn bersama Myra Eliza Mohd Danil dan Vimala Devi Muniappan, telahpun hadir di pejabat JPN di sini untuk mendaftar permohonan bagi mendapatkan kad pengenalan warga Malaysia, MyKid atau MyKad untuk anak-anak mereka.
Ia susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Dis lepas yang menolak permohonan kerajaan, dan memerintahkan kerajaan mengeluarkan dokumen kewarganegaraan kepada kanak-kanak berkenaan yang lahir di luar negara oleh ibu mereka yang merupakan rakyat Malaysia.
Myra Eliza dan Devi ketika ditemui turut melahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana akhirnya kemelut mengenai dokumen kewarganegaraan anak mereka selesai.
"Alhamdulilah, rasa beban kurang sedikit. Saya berjuang untuk isu dokumen ini sejak anak berumur empat tahun, sekarang dah lapan tahun. Terima kasih JPN," kata Myra Eliza.
Sementara itu Presiden Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur Suriani Kempe memberitahu media, ketiga-tiga ibu itu telah diberi janji temu untuk hadir ke ibu pejabat JPN pada 2.30 petang hari ini, namun pada pukul 5 petang mereka dimaklumkan sistem tergendala, dan diberikan tempoh 14 hari untuk datang semula bagi mendapatkan dokumen berkenaan.
"Namun selepas itu ada seorang pegawai JPN memaklumkan ketiga-tiga mereka akan menerima dokumen berkenaan hari ini," kata Suraini kepada pemberita yang turut menunggu sejak pukul 2 petang di ibu pejabat JPN di sini bagi mengikuti perkembangan.
Ketiga-tiga mereka menerima dokumen berkenaan pada pukul 6.20 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022
![Tiga ibu terima dokumen kewarganegaraan anak Tiga ibu terima dokumen kewarganegaraan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645449754_AdlynAdamMyraEli.jpg)
Mahkamah Rayuan pada Dis lepas menolak permohonan kerajaan, dan memerintahkan kerajaan mengeluarkan dokumen kewarganegaraan kepada kanak-kanak berkenaan yang lahir di luar negara oleh ibu mereka yang merupakan rakyat Malaysia. - Bernama
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution 688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679557247_MenteriDalamNegeri.jpg)
688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
![PRU15: BN sedia beri kerakyatan kepada anak lahir di luar negara - Zahid Hamidi PRU15: BN sedia beri kerakyatan kepada anak lahir di luar negara - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667804713_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRU15: BN sedia beri kerakyatan kepada anak lahir di luar negara - Zahid Hamidi
Hak anak-anak dari perkahwinan campur atau yang berbeza identiti bangsa dan agama tidak boleh dinafikan.
![Keputusan rayuan kerajaan berhubung kewarganegaraan anak lahir luar negara pada 5 Ogos Keputusan rayuan kerajaan berhubung kewarganegaraan anak lahir luar negara pada 5 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655897613_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Keputusan rayuan kerajaan berhubung kewarganegaraan anak lahir luar negara pada 5 Ogos
Hakim Kamaludin mencadangkan agar keputusan itu disampaikan di mahkamah terbuka dan bukannya dalam talian bagi membolehkan peguam pemerhati dan media mengikutinya.
![Tiga ibu terima dokumen kewarganegaraan anak Tiga ibu terima dokumen kewarganegaraan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645449754_AdlynAdamMyraEli.jpg)
Tiga ibu terima dokumen kewarganegaraan anak
JPN menyerahkan dokumen kewarganegaraan anak mereka di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya, hari ini.