PETALING JAYA: Kebajikan masyarakat India di negara ini akan terus diperjuang terutama berkaitan isu kemiskinan bandar, kemudahan infrastruktur dan utiliti di kawasan perladangan serta aspek pendidikan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga perkara itu merupakan tumpuan utama beliau dalam membantu masyarakat India sejak dahulu lagi.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata perkara tersebut juga telah dibincang dan dirancang bersama mendiang Datuk Seri Ramesh Rao yang dilantik sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Saya sedang meneliti apa yang beliau rancangkan (untuk masyarakat India) walaupun telah berbincang dengan saya beberapa kali dan saya telah memberikan persetujuan pada dasarnya.
"Tentunya saya akan laksanakan perkara yang telah beliau komited untuk laksanakan...," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Ramesh Rao di kediaman keluarga mendiang di sini hari ini.
Ramesh Rao, 52, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya pada Sabtu, difahamkan akibat serangan jantung.
Pada 24 Dis lepas, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri yang menjaga kepentingan serta permasalahan masyarakat India.
Ahmad Zahid juga berkata beliau mewujudkan jawatan itu selepas melihat terdapat keperluan untuk membantu individu, badan bukan kerajaan dan masyarakat India secara keseluruhannya.
"Selama hampir lima tahun mereka (masyarakat India) tiada tempat atau pegawai khas di mana-mana (pejabat) Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
"Saya mengambil inisiatif itu bukan kerana 25 peratus pengundi saya di Parlimen Bagan Datuk terdiri daripada pengundi India tetapi kerana hubungan saya dengan pemimpin-pemimpin politik yang berasaskan kepada parti orang India termasuk dalam pembangkang juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Seri Ramesh Rao yang merupakan Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. - Foto BERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Lapan fokus utama rangka Bajet 2024 Melaka - Ab Rauf
Lapan fokus akan diberi keutamaan dalam merangka Bajet 2024 negeri Melaka sebagai usaha memastikan rakyat pada semua peringkat masyarakat mendapat manfaat.
Tiga fokus utama jaga kebajikan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kebajikan masyarakat India di negara ini akan terus diperjuang terutama berkaitan isu kemiskinan bandar, kemudahan infrastruktur dan utiliti di kawasan perladangan serta aspek pendidikan.