KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di Kepong dan Rawang, semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang rakan mereka, di Laman Rimbunan Raya 1, Kepong, di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam beberapa hari lepas itu bermula apabila seorang peladang di Johor Bahru dikatakan bertengkar dengan dua rakan lelaki, seorang pengedar makanan laut dan ejen hartanah, ketika sedang minum di sebuah kedai di Metro Prima, Kepong.
Beliau berkata selepas pertengkaran dileraikan, peladang itu beredar bersama rakan wanitanya yang merupakan seorang pekerja am, dengan menaiki kereta miliknya.
"Selepas menyedari diekori, lelaki itu memberhentikan kenderaan di tepi jalan raya, dan apabila dia keluar dari keretanya, suspek bertindak melanggar lelaki itu sehingga jatuh, sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya pada sidang media khas di Balai Polis Jinjang, di sini hari ini.
Katanya lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang akibat kecederaan serius di kepala.
Beh berkata polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan semasa kejadian, dan ketiga-tiga mereka yang berumur 32 hingga 44 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Menurutnya semakan rekod lampau mendapati dua suspek lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan penyalahgunaan dadah, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Kesemua suspek kini direman hingga 22 Mac," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Beh berkata polis turut merampas sebuah kereta yang dipercayai digunakan semasa kejadian, dan ketiga-tiga mereka yang berumur 32 hingga 44 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Tiga ditahan disyaki bunuh rakan di Kepong
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita di Kepong dan Rawang, semalam, kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang rakan mereka, di Laman Rimbunan Raya 1, Kepong, di sini, Selasa lepas.