KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga warga tempatan di sekitar Putrajaya dan Brickfields, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan vaksin COVID-19 menerusi panggilan telefon secara rawak, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 23 dan 50 tahun itu, ditahan hasil siasatan polis berikutan laporan polis oleh seorang Pegawai Penyelidik Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), berhubung perkara itu.
Beliau berkata kesemua mereka yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta, didapati menawarkan serta menjual vaksin COVID-19 dan akan membuat panggilan telefon kepada orang awam.
"Mereka kemudian mengenakan harga sebanyak RM420 bagi dua dos vaksin yang akan disuntik. Bayaran bagaimanapun akan dibuat selepas pelanggan selesai menerima kedua-dua dos suntikan.
"Hasil serbuan di kediaman suspek, polis merampas enam telefon bimbit selain beberapa dokumen berkaitan kegiatan itu, dan kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata, pengesahan turut dibuat oleh Ketua Sekretariat CITF Persekutuan bahawa, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 tidak memberi kelulusan mana-mana pihak untuk menjual vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka ditahan hasil siasatan polis berikutan laporan polis oleh seorang Pegawai Penyelidik Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), berhubung perkara itu. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Kes jual vaksin: KKM tunggu siasatan polis
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, beliau yakin polis akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes tersebut.

Tiga ditahan bantu siasatan jual vaksin COVID-19 - Polis
Polis menahan tiga warga tempatan di sekitar Putrajaya dan Brickfields, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan vaksin COVID-19 menerusi panggilan telefon secara rawak, semalam.

Negeri Sembilan nafi jual vaksin COVID-19 kepada rakyat
Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial bahawa pihaknya menjual vaksin kepada rakyat di negeri itu melalui Invest NS.

P. Pinang nafi cadangan jual vaksin melalui hospital swasta beri keutamaan kepada VIP
Cadangan supaya hospital swasta di Pulau Pinang dibenarkan membeli vaksin COVID-19 berbayar adalah bagi membolehkan vaksin percuma diberikan kepada petugas barisan hadapan.