Kejadian kira-kira jam 3.52 petang berlaku di bilik janakuasa yang terletak di tingkat bawah tanah bangunan Standard Charted Bank bersebelahan dengan pusat beli-belah Pavilion.
Menurut pihak bomba, mangsa yang cedera merupakan rakyat tempatan dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Dua daripada mereka mengalami sesak nafas manakala seorang lagi mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Letupan berlaku di bilik janakuasa yang terletak di tingkat bawah tanah bangunan tersebut. - Foto Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesahkan kejadian tidak mempunyai unsur jenayah dan berpunca dari kecuaian pekerja yang menyelenggara tong gas karbon dioksida di bilik berkenaan.
Laporan awal menyatakan insiden tersebut merupakan kejadian letupan gas namun bomba kemudian mengesahkan ia kejadian kebocoran gas.