YALA:Tiga beradik warga Malaysia yang berumur lingkungan 3 hingga 11 tahun terkandas selama lapan bulan di Thailand apabila sempadan Thailand-Malaysia ditutup sejak 18 Mac lepas dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
Perkara itu berlaku selepas Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, 11, Muhammad Arash Raihan, 7, dan Muhammad Muhaimin Putra, 3, mengikut ibu mereka Sakina Museh, 38, yang merupakan seorang warga Thailand, memasuki negara tersebut untuk memperbaharui visa di Yala pada 16 Mac.
Sakina berkata ketiga-tiga anaknya terpaksa mengikut beliau balik ke Thailand kerana tiada orang menjaga mereka di Malaysia.
"Suami saya (Mohd Rozi Ab Rahman) telah meninggal dunia pada September tahun lepas akibat kanser.
"Disebabkan keadaan terdesak, saya terpaksa membawa ketiga-tiga mereka balik (tanpa dokumen yang sah) ketika itu kerana tiada orang menjaga mereka," katanya.
Beliau berkata dua hari kemudian, kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Pergerakan Kawalan dan bertindak menutup pintu sempadan bermula 18 Mac.
Selain itu, Sakina berkata kos memasuki semula Malaysia bagi mereka agak tinggi kerana terpaksa menanggung kos menjalani kuarantin selama 14 hari dan ujian pengesanan COVID-19.
"Saya berharap kerajaan Malaysia dan Thailand sedia membantu kami untuk pulang ke Malaysia.
"Kami sudah tinggal sehelai sepinggang," kata penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor itu.
Beliau juga berkata anak-anaknya sudah beberapa kali bertanya bila boleh balik ke Malaysia kerana ingin meneruskan persekolahan mereka.
Sementara itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla sedang berusaha membantu ketiga-tiga beradik dan ibu mereka pulang ke negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020
Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, Muhammad Arash Raihan dan Muhammad Muhaimin Putra terkandas selama lapan bulan di Thailand bersama ibu mereka, Sakina Museh, ketika ditemui di rumah sewa mereka di Daerah Raman, Yala, Selatan Thailand. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Tiga beradik dituduh rompak guna kapak
Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak di beberapa kedai telefon di sekitar Kota Bharu.
Tiga beradik tiada kad pengenalan diri dibantu
Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan akan diproses dalam masa terdekat.
Tiga beradik perempuan lemas di Pantai Cahaya
Tiga beradik ditemukan lemas selepas mandi bersama keluarga di Pantai Cahaya pada petang Ahad.
Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis.
Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan
Ibu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.
Tiga beradik jadi transporter dadah, tonto ditahan bersama 150 kg syabu
Tiga beradik lelaki berusia 24 hingga 45 tahun itu ditahan pada 7.50 pagi ketika menaiki sebuah lori dan sebuah kereta.
Tiga beradik manfaat cuti persekolahan bantu keluarga
Sejak bapa mereka menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam beradik ini ringan tulang membantu ibu.
Mayat terakhir tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemui
Mayat terakhir melibatkan mangsa tragedi perahu karam di perairan Batu Payung, Rahena Muhaimin, 20, ditemukan di selatan perairan Membalua di sini, jam 8.37 pagi tadi.
Tiga beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa
Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung, dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.
Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.