KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis sebelum memuktamadkan tindakan selanjutnya bagi menempatkan mangsa, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata maklumat yang diterimanya setakat tengah hari tadi menyatakan, kesemua mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis mengenai kes terbabit.
"Apa-apa keputusan daripada laporan polis dan hospital, akan menentukan sama ada mangsa perlu ditempatkan di rumah perlindungan atau tidak, kerana dalam kes ini mereka masih ada ibu," katanya selepas Program Kasih Ramadan YKN di sini hari ini.
Nancy berkata pegawai JKM di kawasan itu telah mengambil langkah segera dengan membawa ketiga-tiga mangsa ke hospital untuk menerima rawatan.
Semalam, media melaporkan tiga beradik lelaki itu ditemukan penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan dua daripada mereka kaki masih berantai di tepi sebuah titi, di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata mangsa berusia 13 hingga 16 tahun, dengan dua daripada remaja tersebut merupakan orang kurang upaya (OKU) yang memiliki kad OKU masalah pendengaran dan pembelajaran.
Susulan itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 46 tahun dipercayai ibu mangsa dan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.
Terdahulu, Nancy yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara menyerahkan sumbangan berupa pakaian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, kepada 180 penerima golongan asnaf daripada 40 sekolah di Parlimen Santubong.
Program tanggungjawab sosial korporat berkenaan ialah kerjasama bersama Alliance Islamic Bank, melibatkan tajaan sumbangan pakaian perayaan berjumlah RM27,000.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Tiga beradik lelaki itu ditemukan penduduk kampung dalam keadaan lemah dengan dua daripada mereka kaki masih berantai di tepi sebuah titi, di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat. - Gambar fail
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Tiga beradik dituduh rompak guna kapak
Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak empat mangsa dengan bersenjatakan kapak di beberapa kedai telefon di sekitar Kota Bharu.

Tiga beradik tiada kad pengenalan diri dibantu
Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan akan diproses dalam masa terdekat.

Tiga beradik perempuan lemas di Pantai Cahaya
Tiga beradik ditemukan lemas selepas mandi bersama keluarga di Pantai Cahaya pada petang Ahad.

Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis.

Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan
Ibu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

Tiga beradik jadi transporter dadah, tonto ditahan bersama 150 kg syabu
Tiga beradik lelaki berusia 24 hingga 45 tahun itu ditahan pada 7.50 pagi ketika menaiki sebuah lori dan sebuah kereta.

Tiga beradik manfaat cuti persekolahan bantu keluarga
Sejak bapa mereka menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam beradik ini ringan tulang membantu ibu.

Mayat terakhir tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemui
Mayat terakhir melibatkan mangsa tragedi perahu karam di perairan Batu Payung, Rahena Muhaimin, 20, ditemukan di selatan perairan Membalua di sini, jam 8.37 pagi tadi.

Tiga beradik reka cerita palsu untuk dapatkan wang tebusan dari bapa
Polis menahan tiga beradik perempuan yang mereka-reka cerita kononnya dikurung, dan kemudiannya meminta wang tebusan daripada bapa mereka sendiri di Pagoh, dekat sini dan Iskandar Puteri, semalam.

Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.