Tiga beradik ditemui mati lemas dalam sebuah parit selepas keluar memancing di Kampung Permatang Jerek Merchong di Nenasi dekat Pekan, petang tadi.
Tiga mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya itu, Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12, Mohamad Firdaus, 11, dan Nor Alia Mardiana, 7, ditemui lemas di kawasan parit yang mempunyai kedalaman kira-kira enam kaki kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah untuk pergi memancing di tempat kejadian kira-kira 2 petang.
"Semasa kejadian, bapa mangsa ada di rumah. Jarak rumah ke tempat kejadian kira-kira 300 meter, dan setelah mendapati anak-anaknya belum pulang ke rumah menyebabkan beliau keluar mencari tiga beradik itu," katanya kepada Bernama, malam ini.
Amran berkata apabila bapa mangsa tiba di tempat kejadian, beliau ternampak Nor Aleeza terapung dan beliau mengangkat mayat anaknya itu ke tebing parit tersebut.
Katanya Mohamad Firdaus dan Nor Alia pula dijumpai dalam kawasan parit berkenaan dengan bantuan jiran yang turut serta mencari tiga kanak-kanak terbabit.
Beliau berkata ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 05 2016
Siasatan awal mendapati ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah untuk pergi memancing di tempat kejadian kira-kira 2 petang. - Gambar hiasan
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
Tiga beradik ditemui mati lemas dalam parit di Pekan
Tiga beradik ditemui mati lemas dalam sebuah parit selepas keluar memancing di Kampung Permatang Jerek Merchong di Nenasi dekat Pekan, petang tadi.