Empat individu termasuk tiga anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam satu kes samun tanpa senjata ke atas seorang lelaki yang melibatkan jumlah RM12,300 di Kampung Rapat, di sini, pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias berkata, dalam kejadian sekitar 2 pagi itu, mangsa sedang berada di dalam rumahnya sebelum didatangi enam lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
“Kesemua suspek menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) seterusnya memanjat rumah berkenaan serta menyamun mangsa dan keluarga.
“Susulan laporan yang dibuat mangsa, sekitar jam 12 tengah hari hari sama, polis telah berjaya menangkap seorang lelaki di Jalan Tun Sambanthan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, Abdul Rani berkata, polis berjaya menangkap tiga lagi suspek di sekitar Ipoh.
“Empat tangkapan yang dibuat berusia sekitar 27 hingga 43 tahun. Seorang daripada mereka tiada pekerjaan, manakala dua lagi anggota polis dan seorang lagi merupakan pegawai kanan polis,” tambahnya.
Katanya, dalam tangkapan tersebut, pihaknya juga turut merampas wang tunai berjumlah RM1,500 daripada suspek serta kenderaan MPV yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
“Hasil siasatan mendapati, modus operandi kes ini adalah suspek menyamun mangsa dengan cara meminta wang darinya untuk melepaskan mangsa daripada dibawa ke balai, kerana disyaki rumah mangsa ada barang disyaki dadah," ujarnya.
Abdul Rani berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.
"Kita sedang berusaha mengesan dua orang lagi suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Shafiq Noordin
Thu Dec 28 2017
![Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508392414_HANDCUFF.jpg)
Kesemua empat suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Cubaan sogok anggota PGA, 'ketua rombongan' bawa 47 warga asing ditahan Cubaan sogok anggota PGA, 'ketua rombongan' bawa 47 warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646324989_Rombonganwargaasin.jpg)
Cubaan sogok anggota PGA, 'ketua rombongan' bawa 47 warga asing ditahan
Lelaki berusia 52 tahun terbabit dikatakan cuba memberi wang sebanyak RM1,650 dipercayai sebagai dorongan untuk pihak berkuasa melepaskan mereka.
![Gantung bayi dalam beg di cermin sisi kereta Gantung bayi dalam beg di cermin sisi kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/51530684253_gantungbayi.jpg)
Gantung bayi dalam beg di cermin sisi kereta
Bayi yang masih bertali pusat itu ditinggalkan tergantung pada cermin sisi kereta sebelum ditemui pemilik kenderaan terbabit kira-kira jam 12.15 tengah malam.
![Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508392414_HANDCUFF.jpg)
Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun
Dalam kejadian sekitar 2 pagi itu, mangsa sedang berada di dalam rumahnya sebelum didatangi enam lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.