TAIPING: Penantian selama 40 hari berakhir apabila tiga ekor anak burung hudhud yang menetas dalam sarang berlubang di Pokok Jemerlang di Taman Tasik Taiping telah terbang meninggalkan sarang sejak 14 Mei hingga Isnin.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir berkata anak burung yang pertama terbang pada 8.06 pagi 14 Mei manakala yang kedua pada 10.30 pagi 15 Mei dan yang ketiga pada 11.20 pagi Isnin.
Beliau berkata pasangan burung jantan dan betina spesies itu mula dikesan membuat sarang di Pokok Jemerlang pada 5 April lepas untuk bertelur.
Khairul Amir berkata sejak induk burung itu bertelur, pihaknya telah mengadakan program pemantauan 24 jam membabitkan Jabatan Zoo Taiping, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST).
"Hampir 100 orang telah berkunjung setiap hari untuk melihat burung tersebut di tapak pembiakan dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan, seramai 30 petugas berada di situ untuk memantau dan membuat pemerhatian pasangan burung berkenaan.
"Pemerhatian mendapati pasangan burung itu terbang silih berganti lebih 200 kali sehari untuk memberikan makanan kepada anak-anaknya seawal 7 pagi dan berakhir pada 6 petang setiap hari," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata pemerhatian juga mendapati pasangan burung jantan dan betina membawa 16 jenis diet pelbagai makanan seperti anak ikan, labah-labah, larva, ulat gonggok, belalang, lipas tanah, lipan tanah dan ulat kumbang.
Khairul Amir berkata pihaknya kini melaksanakan aktiviti pengumpulan dan mengemas kini data di tapak itu kerana burung hijrah berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu sekitar Eropah, Afrika dan Asia tersebut adalah spesies yang berjaya membiak di negara ini dan ia sekali gus membantu menjayakan agenda ekopelancongan di bandar ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 18 2021

Pemerhatian mendapati pasangan burung itu terbang silih berganti lebih 200 kali sehari untuk memberi makanan kepada anak-anaknya seawal 7 pagi dan berakhir pada 6 petang setiap hari. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Burung hudhud kembali bertelur di Taman Tasik Taiping
Pasangan burung jantan dan betina spesies itu mula dikesan membuat sarang di Pokok Jemerlang pada 5 April lepas.

Tiga anak burung hudhud Taman Tasik Taiping tinggalkan sarang
Anak burung yang pertama terbang pada 8.06 pagi 14 Mei manakala yang kedua pada 10.30 pagi 15 Mei dan yang ketiga pada 11.20 pagi Isnin.