Tidak setuju dengan keputusan untuk bercerai, seorang lelaki menetak isterinya menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di bahagian leher dan tangan dalam kejadian di sebuah rumah di Ladang St Helier, Bahau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7.40 pagi daripada seorang pembantu perubatan dari Klinik Ladang St Helier memberitahu seorang wanita yang berlumuran darah berada di dalam longkang di belakang rumahnya.
Beliau berkata, pada Selasa lepas, pasangan itu telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara Bahau untuk mendaftarkan perceraian dan apabila pulang ke rumah, mereka bertengkar.
Bagaimanapun, pertengkaran itu berakhir apabila wanita itu balik ke rumah ibunya di Taman Megah Mahsan, sebelum kembali semula ke kediamannya selepas anak-anak pulang dari sekolah.
Menurutnya, sehari kemudian, pasangan berkenaan sekali lagi bertengkar dengan si suami yang berumur 39 tahun menuduh isterinya yang tiga tahun lebih muda daripadanya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
"Lelaki itu kemudiannya mengambil sebilah parang pendek berhulu hitam yang ada di belakang rumah dan menetak isterinya di leher kiri," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Mohd Khairiel berkata, kejadian itu disaksikan oleh anak ketiga mereka yang berumur 11 tahun .
Menurutnya, pasangan itu telah berkahwin selama 18 tahun dan mempunyai enam anak perempuan.
Beliau berkata, penoreh getah itu mengalami kecederaan akibat tetakan di bahagian leher, tangan kanan dan tangan kiri selain patah lengan kanan dan retak pada tangan kiri.
Dia kini sedang dirawat di zon merah wad kecemasan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, dan berada dalam keadaan stabil.
Menurutnya polis telah menahan suami wanita itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
![Tidak setuju cerai, suami tetak isteri Tidak setuju cerai, suami tetak isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61596090134_ParangMechete.jpg)
Kerana terlalu berang, suami ambil sebilah parang di belakang rumah dan menetak isterinya di leher kiri.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
![Langgar syarat pas lawatan sosial, 5 wanita Thailand didenda RM4,000 seorang Langgar syarat pas lawatan sosial, 5 wanita Thailand didenda RM4,000 seorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701773240_TBTHAILANDjpg.jpg)
Langgar syarat pas lawatan sosial, 5 wanita Thailand didenda RM4,000 seorang
Lima wanita warga Thailand dijatuhi hukuman denda RM4,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan persundalan pada Oktober lalu.
![Isteri dirempuh ketika sarapan di kopitiam, warga emas enggan berganjak Isteri dirempuh ketika sarapan di kopitiam, warga emas enggan berganjak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700884804_tbIsteriDirempuh.jpg)
Isteri dirempuh ketika sarapan di kopitiam, warga emas enggan berganjak
Seorang lelaki warga emas kehilangan isteri tercinta apabila sebuah kereta merempuh ke arah sebuah kopitiam, lokasi di mana dia dan isterinya sedang menikmati sarapan pagi.
![Penganggur dipenjara tiga tahun, sebat kerana rompak pemancing Penganggur dipenjara tiga tahun, sebat kerana rompak pemancing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Penganggur dipenjara tiga tahun, sebat kerana rompak pemancing
Seorang penganggur dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan di Bahau bulan lalu.
![Polis tahan kumpulan kongsi gelap 'Geng 36' di Bahau Polis tahan kumpulan kongsi gelap 'Geng 36' di Bahau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683904928_HooChangHook.jpg)
Polis tahan kumpulan kongsi gelap 'Geng 36' di Bahau
Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua suspek sedang membuat persediaan untuk melakukan pergaduhan dan jenayah.
![Video letupan mercun di Bahau kes tahun 2018 Video letupan mercun di Bahau kes tahun 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681793217_TBMERCUNLETUPjpg.jpg)
Video letupan mercun di Bahau kes tahun 2018
Video tular memaparkan kejadian letupan mercun di hadapan sebuah bank di Bahau di sini merupakan video lama.
![Pemandu tersepit treler bawa lebih 500 tong gas terbalik Pemandu tersepit treler bawa lebih 500 tong gas terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674477246_TBtonggasterbalik.jpg)
Pemandu tersepit treler bawa lebih 500 tong gas terbalik
Sebuah treler membawa lebih 500 muatan tong gas kosong terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau-Rompin, dekat sini, 12.25 tengah hari tadi.