KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah meminta bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor berunding bagi pihaknya untuk mendapatkan rasuah RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar di Sarawak.
Rosmah, 70, sebaliknya berkata sekiranya beliau ingin berbuat demikian, beliau akan meminta bantuan daripada suaminya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu perdana menteri.
"Saya tidak pernah minta dia (Rizal) untuk berunding bagi pihak saya. Setahu saya dia hanyalah seorang staf.
"Kalau saya hendak perkara itu (dapatkan rasuah), mengapa saya perlu berunding menerusi Rizal? Saya memiliki seorang suami yang tidur dengan saya. Saya tidak boleh minta beliau melakukannya? Sama ada dia (Najib) setuju atau tidak, itu terpulang kepada beliau.
Saya tidak pernah mempergunakan dia (Rizal), itu tidak betul. Buat apa saya nak gunakan dia, suami saya ada. Siapa Rizal Mansor?," katanya.
Rosmah berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader pada prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah bagaimanapun berkata suaminya telah beberapa kali memberi amaran kepadanya supaya tidak terlibat dalam urusan perniagaan dengan mana-mana kontraktor.
"Datuk Najib memberitahu saya, anda hanyalah sekadar seorang isteri kepada saya. Sekiranya mereka (kontraktor) perlukan sesuatu, mereka perlu berjumpa dengannya. Dia (Najib) berkata, 'ini kawasan saya , anda hanya buat kebajikan.
Datuk Najib jenis seorang yang cakap lembut, dia tidak pernah menjerit (pada saya). Beliau bercakap dengan saya secara amat sopan tetapi saya tahu apa yang beliau maksudkan," katanya.
Sementara itu, Rosmah berkata beberapa individu telah menuding jari dan menjadikannya sebagai kambing hitam serta berkonspirasi untuk mengenakan beliau, keluarga dan memalukan suaminya, Najib.
Menjawab soalan Akberdin, Rosmah berkata individu itu adalah Rizal, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas KSU Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad dan bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
Rosmah berkata Mahdzir telah menyalahgunakan jawatannya selain mendakwa beliau (Mahdzir) pernah meminta wang daripada Saidi.
"Madinah telah membuat kesalahan dari segi undang-undang berhubung pemberian tender (kepada Jepak) dan beliau memohon supaya SST (Surat Setuju Terima) dikeluarkan sebelum beliau bersara.
Alias pula telah melanggar tatacara dan undang-undang berhubung pemberian kontrak daripada Kementerian Pendidikan kepada Jepak, Rizal yang mengaku di mahkamah ini menerima wang RM500,000, dibebaskan oleh mahkamah manakala Saidi yang banyak menipu dan memberi wang kepada Rizal tidak diambil tindakan," katanya yang turut memaklumkan kesemua individu itu sepatutnya didakwa ke mahkamah atas kesalahan dilakukan.
Dalam pada itu, Rosmah berkata apa yang dikatakan Rizal ketika memberi keterangan di mahkamah ini adalah tidak benar.
"Dia (Rizal) penipu dan itu sahaja cara untuk dia melepaskan diri dengan menjadi 'crown witnesses' kepada pendakwaan. Saya yang jumpa dua individu ini (Saidi dan rakan kongsinya Rayyan Radzwill Abdullah) kurang dua tiga minit, saya yang kena," katanya.
Pada 18 Feb, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Jana Kuasa/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 10 Jan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021

Rosmah, sebaliknya berkata sekiranya beliau ingin berbuat demikian, beliau akan meminta bantuan daripada suaminya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu perdana menteri. - Gambar fail/BERNAMA
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Kes solar: Rosmah tidak sihat, pendengaran rayuan ditangguh 15 Mei
Jagjit berkata Rosmah hadir ke mahkamah pagi ini, namun beliau bergegas ke hospital kerana pening selain mengalami tekanan darah tinggi dan diabetes.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.