Ketiadaan laluan melintas di sekolah dan pemandu tidak mematuhi had laju antara punca berlakunya kemalangan murid digilis lori di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan, Bagan Serai, Perak Rabu lepas, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata kemalangan jalan raya membabitkan pelajar di kawasan sekolah dapat dielakkan jika pemandu mematuhi had laju, selain kawalan lalu lintas yang disediakan pihak sekolah.
Mengulas insiden kemalangan maut membabitkan pelajar di hadapan sekolah baru-baru ini termasuk di SK Teluk Medan itu, Mahdzir berkata jawatankuasa keselamatan sekolah yang diwujudkan di peringkat negeri dan daerah juga perlu melihat kembali kawalan keselamatan setiap sekolah mengikut kesesuaian kawasan.
"Saya minta pengarah pendidikan negeri dan daerah lihat semula kawalan keselamatan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Bengkel Minda Nobel Permata Negara 2016, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.
Mahdzir berkata pihak sekolah dan ibu bapa juga perlu bekerjasama mengambil inisiatif menyediakan pengawal lalu lintas terutama di sekolah yang berisiko berlaku kemalangan.
Semalam, beliau dilaporkan berkata Kementerian Pendidikan akan mengadakan perbincangan dengan polis bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah-sekolah yang terdedah kepada risiko kemalangan.
Mengulas mengenai video kononnya memaparkan sepasang guru bercumbu di sekolah serta bahan-bahan yang memburukkan guru dan kementerian yang viral di media sosial, Mahdzir berkata kementerian telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu.
Pada majlis penutup Bengkel Minda Nobel Permata Negara itu, sejumlah 24 pelajar, enam guru dan enam penyelidik muda terpilih untuk ke London bagi menyertai Bengkel Institut Sains Permata yang dianjurkan dengan kerjasama The Royal Society, London pada Disember ini.
Mahdzir berkata aktiviti di bawah Majlis Sains dan Penasihat Global (GSIAC) dan dilaksanakan oleh UKM sejak 2013 itu bermatlamat melahirkan pemenang Anugerah Nobel yang pertama dari Malaysia.
Bernama
Fri Sep 23 2016
Pihak sekolah dan ibu bapa juga perlu bekerjasama mengambil inisiatif menyediakan pengawal lalu lintas terutama di sekolah yang berisiko berlaku kemalangan. - Gambar hiasan
AWANI 7:45 [17/07/2024] - Jangan lebarkan kaya dan miskin | Suspek belum digantung tugas | Baki kontrak setahun | Risiko tiada wang persaraan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
1. Setiap dasar digital perlu sampai ke akar rakyat, kata PM
2. Polis cari bukti di lokasi kedua, 26 rakam percakapan, siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini
3. Kim Pan-Gon kena bayar pampasan 3.16 juta ringgit kepada FAM
4. 60 peratus tenaga buruh di Sabah tidak daftar KWSP
Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.
MAIS sedang teliti kenyataan bertulis Ustaz Don
MAIS berkata pihaknya akan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan kenyataan yang diterima daripada pendakwah itu baru-baru ini.
Parlimen: KKM pastikan RUU Perubatan dikuat kuasa segera - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini dikuatkuasakan secepat mungkin.
Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.
28 pelajar keracunan makanan selepas makan ayam tandoori
Kesemua mereka dikatakan mengalami gejala keracunan selepas makan ayam tandoori goreng yang dihidangkan sebagai menu tengah hari.
JBPM pandang serius dakwaan rasuah, lobi naik pangkat
Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Perak catat 1,204 kes kemalangan jalan raya dalam tempoh 11 hari Ramadan
Sentiasa patuhi peraturan jalan raya, berhati-hati dan tidak mementingkan diri sendiri.
Penutupan penuh lorong secara berkala untuk projek pembinaan MRT
Penutupan jalan sepenuhnya menghala ke Puchong/Kajang di Persimpangan Putrajaya Sentral dari Stesen Putrajaya Sentral, aliran trafik akan dilencongkan ke susur keluar ke Cyberjaya/Dengkil.
Tidak patuhi had laju di kawasan sekolah antara punca kemalangan
Kemalangan jalan raya membabitkan pelajar di kawasan sekolah dapat dielakkan jika pemandu mematuhi had laju, selain kawalan lalu lintas yang disediakan pihak sekolah.