SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif niaga tani Pertubuhan Peladang Kawasan (PKK) didenda RM8,000 atau penjara enam bulan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas gagal melaporkan suapan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis, tujuh tahun lalu.
Mohd Jazid Md Jani, 52, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan, dia sebagai eksekutif niaga tani di Klang ketika itu telah diberikan suapan cek tunai berjumlah RM5,000 yang telah ditunaikannya, daripada seorang lelaki berusia 55 tahun sebagai dorongan membantu sebuah syarikat mendapatkan kerja pembekalan baja cecair organik sebanyak 5,000 liter bagi input pertanian PKK daerah itu bernilai RM143,100.
Mohd Jazid telah melanggar peruntukan Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu tidak melaporkan pemberian suapan kepada SPRM atau polis berhubung penerimaan cek tunai tersebut di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa, Rawang pada 21 Julai 2015.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 (1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Mohd Jazid yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan dia kini insaf serta menanggung ibu yang uzur kerana sakit tua selain dua anaknya kini menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kepentingan awam mengatasi kepentingan individu dan kes tersebut adalah kesalahan yang serius.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozilah turut menasihati Mohd Jazid agar insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama.
"Harap muhasabah diri, kesalahan tetap kesalahan walaupun insiden tersebut pada 2015. Ingat, rasuah ini jenayah akhir zaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Mohd Jazid Md Jani (kiri) mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan hakim. - Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.