SHAH ALAM: Tidak menghidupkan fungsi kitaran udara luaran dalam kenderaan ketika menghidupkan penyaman udara boleh menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kelesuan serta pengsan akibat kekurangan oksigen.
Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon berkata, fungsi tersebut adalah penting bagi memastikan oksigen sentiasa mencukupi terutama untuk pemanduan jarak jauh.
“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.
“Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Pada Isnin, media melaporkan, empat sekeluarga pengsan di dalam kenderaan dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan sebelum kereta dinaiki merempuh Plaza Tol Bentong.
BACA: Pengsan sebelum langgar pintu tol
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku pada jam 2.40 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong, Selangor.
Menurut Shaw Voon, kejadian itu berkemungkinan berlaku disebabkan mangsa tidak menggunakan fungsi kitaran udara luaran sebagai langkah keselamatan.
Tambahnya, jika tidak mahu menggunakan kitaran udara luaran, adalah disarankan untuk membuka tingkap agar pengudaraan berlaku dengan baik.
“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad menyebabkan ia berlaku.
“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), kena buka tingkap sebelum pengsan,” ujarnya.
Jelas beliau, bagi pemanduan jarak dekat, tidak mendatangkan masalah jika tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut.
“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekan butang tersebut,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023

Jika tidak mahu menggunakan kitaran udara luaran, adalah disarankan untuk membuka tingkap agar pengudaraan berlaku dengan baik. - Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Tidak hidupkan fungsi kitaran udara luar punca kurang oksigen
Butang kitaran udara luar perlu dihidupkan sekiranya pemandu melakukan perjalanan jarak jauh.