KUALA LUMPUR: Motif pembunuhan pasangan warga emas yang ditikam anaknya sehingga mati dipercayai berpunca akibat suspek tidak diberi wang untuk membeli dadah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis telah merakam percakapan 12 individu membabitkan kes itu.
"Keterangan telah direkodkan melibatkan keluarga dan jiran-jiran sebab ada yang dakwa dengar jeritan selain saksi lain yang kita percaya dapat bantu siasatan.
“Motif pembunuhan adalah kerana dia (suspek) minta duit. Kita tengok dia ada sembilan rekod jenayah dan siasatan pula mendapati ada dia minta duit untuk beli dadah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali Kontinjen Kuala Lumpur 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.
Tambah Allaudeen, siasatan berhubung kejadian tersebut dalam proses untuk dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan seterusnya.
"Kes dianggap selesai dan kertas siasatan dalam proses untuk dihantar ke TPR bagi cadangan tindakan pertuduhan,” katanya.
Dalam kejadian pada 9 Disember lalu, pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun ditemui mati di ruang tamu kediaman mereka selepas dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala, di sini.
Ujian saringan air kencing menunjukkan suspek berusia 42 tahun itu positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan morfin.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023

Dalam kejadian pada 9 Disember lalu, pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun ditemui mati di ruang tamu kediaman mereka selepas dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala. - Gambar fail

WhatsApp bangunkan ciri bebenang untuk perbualan berkumpulan
Ciri ini membolehkan balasan kepada mesej asal kekal teratur dan disusun dalam satu perbualan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ PDRM terima 489 laporan, 637 warga Malaysia terlibat
3️⃣ Pearly Tan, M.Thinaah mara
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ PDRM terima 489 laporan, 637 warga Malaysia terlibat
3️⃣ Pearly Tan, M.Thinaah mara
#awaniringkas

Khidmat Reezal Merican sebagai Pengerusi MATRADE disambung untuk tempoh dua tahun lagi
Pelanjutan tempoh itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik pada April 2023.
AWANI Ringkas: Siasatan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

NACSA tingkat kesiapsiagaa negara hadapi ancaman siber menerusi NCCMP
NACSA tingkatkan kesiapsiagaan menghadapi ancaman keselamatan siber melalui pembangunan dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara (NCCMP).

Pesawat American Airlines terbakar di lapangan terbang Denver
Menurut pihak lapangan terbang, pesawat itu berada di pintu pelepasan C38 dengan kepulan asap jelas kelihatan.

Isu kelulusan warganegara: “Ini fitnah, berniat jahat” - Saifuddin
Saifuddin menolak sekeras-kerasnya dakwaan beliau pernah mengeluarkan kenyataan meluluskan kewarganegaraan pendatang.

Hamas, Jihad Islam bincang pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Pertemuan di Qatar menghimpunkan ketua majlis kepimpinan Hamas Mohammed Darwish dan ketua Jihad Islam Ziyad al-Nakhalah bersama timbalannya.

Hatrik Fernandes pacu United suku akhir Liga Europa
Kemenangan agregat 5-2 itu membolehkan United bertemu kelab League 1 Perancis Olympique Lyonnais di Parc Olympique Lyonnais pada 10 April.

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Penganggur didakwa bunuh ibu bapa kandung
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya, di rumahnya, Sabtu lalu.

Tidak dapat wang beli dadah punca anak bunuh ibu, bapa
Motif pembunuhan pasangan warga emas yang ditikam anaknya sehingga mati dipercayai berpunca akibat suspek tidak diberi wang untuk membeli dadah.

Maut ditikam anak: Jenazah bekas imam, isteri dikebumi satu liang lahad
Jenazah pasangan suami isteri yang ditemui maut dibunuh anaknya pada Sabtu akan dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala.

Waris tuntut jenazah pasangan warga emas maut dibunuh anak sendiri
Waris keluarga kepada pasangan suami isteri yang ditemui maut ditikam anaknya di Kampung Sungai Penchala pada Sabtu dilihat tiba di PPUM.

Lelaki dipercayai bunuh ibu bapa direman seminggu
Lelaki yang dipercayai membunuh ibu dan bapanya di Kampung Sungai Penchala direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Lelaki bunuh ibu bapa ada 9 rekod jenayah dadah
Suspek yang merupakan anak lelaki si mati telah melarikan diri ke dalam hutan berhampiran dengan lokasi kejadian.

Lelaki bunuh ibu bapa di Kampung Sungai Penchala berjaya diberkas polis
Seorang lelaki berusia 40-an dipercayai membunuh ibu bapanya di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala berjaya diberkas polis pada malam Sabtu.

Bekas banduan bunuh ibu bapa sebelum tembak pemandu di lebuh raya sesak
Suspek, Joseph Eaton, 34, seorang bekas banduan baru sahaja dibebaskan pada 14 April lalu dari Pusat Koreksional Maine di Windham.

Butiran kes bunuh terlalu mengerikan, ketua juri tarik diri
Panel juri baru yang lebih ramai akan dilantik dalam kes bunuh mengerikan di Hong Kong susulan ketua jurinya menarik diri kerana terganggu dengan bukti yang dikemukakan.