Penghapusan tol tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya kerana boleh mendedahkan kerajaan kepada pelbagai tuntutan ekoran pelanggaran perjanjian dengan syarikat konsesi, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata tindakan itu boleh melibatkan implikasi kewangan yang besar.
Bagi meringankan beban rakyat, kerajaan telah berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya yang membawa kepada kajian semula kadar tol di beberapa lebuh raya, malah pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan juga bersetuju tidak menaikkan kadar tol dalam tempoh lima tahun, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.
Menjawab dakwaan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) kerajaan sengaja mencari alasan untuk mengenakan tol sedangkan beberapa negara lain tidak berbuat demikian, Fadillah berkata kerajaan menyediakan jalan persekutuan yang baik sebagai alternatif kepada pengguna.
Katanya kerajaan juga memberi peruntukan kepada kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan seliaan kerajaan negeri termasuk Selangor yang menerima lebih RM498 juta setahun.
"Peruntukan ini diberi mengikut panjang jalan yang diisytiharkan oleh pihak negeri yang disalur terus kepada kerajaan negeri, bukan melalui Jabatan Kerja Raya atau kementerian," katanya menjawab celahan Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) sebelum itu.
Bernama
Mon Nov 25 2013
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Fadilah: Kumpulan pakar kaji perkembangan sektor pembinaan negara dibentuk
Kementerian Kerja Raya membentuk sekumpulan pakar bagi melakukan kajian terhadap perkembangan sektor pembinaan di negara ini.