KUALA LUMPUR: Umat Islam tidak boleh membaca Qunut Nazilah kepada sesama Muslim ketika terdapat pertembungan tidak mengira apa jua sebabnya termasuk perselisihan politik, kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).
Menjawab soalan dikemukakan di laman Facebook hari ini mengenai hukum membacakan doa Qunut Nazilah kepada umat Islam yang lain, Pejabat Mufti WP menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.
Menurut jawapan itu, berdasarkan pengamalan Rasulullah SAW dan sahabat serta pandangan para ulama, dapat dilihat dengan jelas bahawa doa Qunut Nazilah hanya dibacakan kepada musuh daripada golongan kafir dan murtad sahaja serta tidak ke atas umat Islam sesama sendiri.
"Doa Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah yang besar. Hal ini sepertimana pernah dilakukan Rasulullah SAW yang membacakan doa Qunut Nazilah apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat Baginda.
"Selain itu, Saidina Abu Bakar al-Siddiq juga pernah membaca doa ini ketika memerangi golongan murtad seperti Musailamah al-Kazzab. Manakala Saidina Umar al-Khattab juga membaca doa ini apabila memerangi golongan Nasrani," menurut Pejabat Mufti WP.
Di samping itu, Pejabat Mufti WP menyatakan Imam al-Nawawi menyebut sebab dibacakan doa Qunut Nazilah ialah umat ditimpa dengan musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak penyakit dan serangan serangga.
"Oleh yang demikian, apa yang dapat diperhatikan daripada nas dan pernyataan ulama, doa Qunut Nazilah ini dibacakan ke atas golongan kafir dan murtad yang diperangi oleh orang Islam serta pada musibah besar yang menimpa mereka.
Selain itu, ia dibaca dalam konteks peperangan jihad yang dituntut dan dibenarkan oleh syarak seperti situasi yang dihadapi Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.
"Tidak terdapat riwayat hadis atau pandangan ulama yang mengharuskan bacaan doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam sendiri," menurut Pejabat Mufti WP.
Pada Khamis, Ahli Parlimen pembangkang dilaporkan membaca doa Qunut Nazilah selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Parlimen susulan usul Jabatan Perdana Menteri kerana membangkitkan surat layang ketika perbahasan. Surat layang itu berkaitan dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Doa Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah yang besar. - Gambar hiasan/Adobe Stock
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Baca Qunut Nazilah di Parlimen, amalan politik taksub - Yadim
Bacaan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini dibuat di luar solat, bukan ketika perang dan bukan juga kerana musibah yang menimpa umat Islam secara umum.

Tidak boleh baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam - Pejabat Mufti WP
Pejabat Mufti WP menyatakan tindakan sedemikian akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrim dan melampau dalam agama.

JAIS tidak pernah keluar arahan halang sekolah baca qunut nazilah
JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.

Bacaan Qunut Nazilah dilaksana setiap solat fardu di Johor - Exco
Selain itu, solat sunat hajat turut ditetapkan pelaksanaannya selepas solat fardu maghrib.

Qunut Nazilah untuk Islam Uighur dalam setiap solat fardu - Mufti Perak
Umat Islam digesa berdoa memohon agar umat Islam di Uighur diberikan kekuatan dalam menghadapi kezaliman.