Akibat tidak memakai topi keledar dan menunggang motosikal dengan kelajuan yang tinggi, seorang lelaki maut terputus kepala selepas terlibat kemalangan akibat melanggar pembahagi jalan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof kejadian berlaku di Kilometer 24, Lebuh Raya Silk, pukul 5.25 pagi Khamis.
“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal sedang dalam perjalanan dari arah Kajang menuju ke rumahnya di Pulau Carey tanpa memakai topi keledar.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa menunggang dalam keadaan laju dan telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lalu kepala mangsa terhentak dan terseret di atas pembahagi jalan bersama dengan motosikalnya sejauh 60 meter.
“Akibat pelanggaran kepala mangsa telah terputus dari badan dan motosikal mangsa dijumpai 10 meter di hadapan mayat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ahmad Dzaffir berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedic dan mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
“Kenderaan mangsa dibawa ke Puspakom untuk diperiksa. Polis menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik serta elakkan sebarang pemanduan dalam keadaan letih di musim perayaan,” jelas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Afiezy Azaman
Thu Jun 06 2019

Akibat tidak memakai topi keledar dan menunggang motosikal dengan kelajuan yang tinggi seorang lelaki maut terputus kepala selepas terlibat kemalangan akibat melanggar pembahagi jalan. - Gambar Ihsan polis

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tidak bertopi keledar, tunggang laju, lelaki putus kepala langgar pembahagi jalan
Kepala mangsa terhentak dan terseret di atas pembahagi jalan bersama dengan motosikalnya sejauh 60 meter.