Tidak wujud sebarang usul mengenai pengambil alihan tanah Sekolah Agama Maahad Hamidiah Kajang setakat ini, menurut Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj, Datuk Nizam Sahari menegaskan pihak majlis tidak pernah menerima sebarang cadangan untuk memindahkan sekolah agama seluas 30 ekar bagi tujuan pembangunan.
"Khabar angin mengenai pengambil alihan sekolah agama itu melalui Whatsapp dan media sosial baru-baru ini amat tidak tepat," kata Nizam ketika membentangkan Laporan Bantahan Pembangunan Pangsapuri Mewah 'The Louvre' di Menara MPKj pada Rabu.
Mengulas aduan laporan polis yang dibuat oleh pengerusi PIBG Sekolah Agama Maahad Hamidiah, Nizam berkata selepas pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi kelulusan secara terperinci, MPKj telah meminta pemaju tanah untuk membuat pelan pindaan, iaitu melibatkan penyambungan keluar masuk terus Persiaran Hamidiah ke Lebuhraya SILK akan melibatkan pembinaan flyover-uturn dan viaduct.
"Keperluan yang diminta oleh pihak LLM telah dipatuhi oleh pemaju dan diluluskan oleh pihak majlis yang terbaru, pindaan pelan infrastruktur pada 14 September,
"Pihak pemaju telahpun membuat pengambilan tanah kepada Pejabat tanah untuk tujuan pelebaran tanah tersebut," jelas Nizam lagi.
Nizam juga akan memaklumkan kepada pihak PIBG mengenai pindaan pelan infrastruktur yang telah dibuat.
Tambah Nizam lagi, pihak majlis hanya meluluskan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
"Kita luluskan berdasarkan garisan panduan yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.
"Jika pihak PIBG masih terus mahu hentikan projek pembangunan itu, perlu ada pihak yang bersedia untuk membayar pampasan kepada pemaju," kata Nizam.
Nizam menekankan lagi pihak MPKj tidak ada hak untuk menarik balik kelulusan yang diberi kepada pemaju.
"Kalau nak batalkan kelulusan pembangunan ini, kita perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri dan bayaran pampasan perlu dibuat kepada pemaju, dibawah Akta Seksyen 25.
"Saya anggarkan dengan keluasan 3.6 ekar tapak itu, bersama harga 1 kaki pada RM200,000 - RM250,000.
"Bayaran balik kos atau pampasan kepada pemaju boleh mencecah antar RM30 juta hingga RM40 juta,"
Menurut Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Dr. Ahmad Sabri berkata projek pembangunan itu sentiasa dipantau, bukan sahaja dari pihak MPKj, tetapi juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Sebelum ini, pembangunan kondominium mewah itu telah mendapat bantahan dari PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah kerana kebimbangan keselamatan pelajar dan guru sekolah terbabit.
Pada 22 April, MPKJi mengeluarkan notis arahan berhenti kerja kepada pemaju atas sebab pihak kontraktor yang telah membuat kerosakan pada jalan, kerosakan pada pagar sekolah, serta jalan keluar masuk jentera pembangunan yang menyebabkan kesesakan teruk.
MPKj telaj membuat perbincangan bersama pemaju dan memutuskan projek pembangunan boleh diteruskan dengan bersyarat, termasuk mewujudkan jalan berasingan bagi kerja pembangunan dan laluan ke sekolah, dan MPKj telah menarik balik notis berhenti kerja pada 4 November 2015.
Dania Zainuddin
Thu Nov 12 2015

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MPKj, Datuk Nizam Sahari menegaskan pihak majlis tidak pernah menerima sebarang cadangan untuk memindahkan sekolah agama itu. - Gambar Fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Memorandum bantahan "The Louvre" akan dihantar kepada MB Selangor
Yang Dipertua PIBG SMKA Maahad Hamidiah, Jazlan Ahmad berkata mereka akan membuat permohonan bertemu Azmin bagi menjelaskan fakta serta bukti terhadap kepincangan projek tersebut.

Tiada usul ambil alih tanah Maahad Hamidiah - MPKj
Tidak wujud sebarang usul mengenai pengambil alihan tanah Sekolah Agama Maahad Hamidiah Kajang setakat ini, menurut Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).