Syarikat Korea Utara, International Golden Services Sdn Bhd tidak pernah berurus niaga senjata api di negara ini.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, syarikat itu juga tidak berjaya memasarkan peralatan telekomunikasi ketenteraan di Malaysia.
“Syarikat ini tidak pernah berurus niaga senjata api di dalam negara jadi tidak benar kalau ada tomahan mereka menjual beli senjata api.
“Tidak ada satu senjata pun mereka jual walaupun mereka cuba memasarkan peralatan telekomunikasi ketenteraan... itu juga tidak berjaya,” kata Khalid kepada pemberita, di sini.
Jelas beliau lagi, nama Glocom bukan sebuah syarikat namun merupakan satu produk peralatan komunikasi ketenteraan dari Korea Utara.
Pada 2005, beberapa warga Korea Utara dan Malaysia membangunkan sebuah syarikat, International Global Sdn Bhd di Kuala Lumpur.
Syarikat itu gagal untuk memasarkan peralatannya termasuk pernah menawarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia.
Shahrul Hassan
Mon Mar 20 2017
![Tiada urus niaga senjata api dengan syarikat Korea Utara - Khalid Tiada urus niaga senjata api dengan syarikat Korea Utara - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71488180136_Glocomsoffices.jpg)
Pejabat Glocom di Kuala Lumpur. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tiada urus niaga senjata api dengan syarikat Korea Utara - Khalid Tiada urus niaga senjata api dengan syarikat Korea Utara - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71488180136_Glocomsoffices.jpg)
Tiada urus niaga senjata api dengan syarikat Korea Utara - Khalid
Syarikat Korea Utara, International Golden Services Sdn Bhd tidak pernah berurus niaga senjata api di negara ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
![KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478592331_HamzahZainuddin.jpg)
KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung.