JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tiada unsur pemerdagangan manusia terhadap seorang kanak-kanak warga asing yang ditemui dalam kontena di kawasan Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, pada Selasa.
Susulan itu, Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan dan siasatan polis telah dijalankan berhubung kes itu dan kanak-kanak itu dalam proses penghantaran pulang.
Katanya, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai 'Fahim' itu ditemui dalam salah sebuah kontena yang dibawa sebuah kapal dari Bangladesh.
"Apabila kapal itu tiba di Pelabuhan Klang, kontena diturunkan dan didapati ada satu kontena yang ditemui seorang budak lelaki (di dalamnya). Nama dia Fahim.
"Dia (kanak-kanak) itu satu-satunya yang ditemui. Jadi, laporan polis dibuat, (kes) disiasat dan dia dibawa ke pemeriksaan kesihatan. Kebetulan, kanak-kanak ini demam.
"Dan kemudiannya, proses untuk dia dihantar pulang dibuat mengikut saluran undang-undang.
"Kita tidak buat kesimpulan kepada aspek permerdagangan manusia lagi kerana siasatan awal mendapati dia masuk (ke dalam kontena), kemudian tertidur, dan tiba sampai ke sini (Malaysia).
"Jadi, pihak berkuasa telah buat siasatan, pastikan dia sihat. Dan kemudian, proses penghantaran pulang," katanya.
BACA: Kanak-kanak terperangkap 6 hari dalam kontena diselamatkan
BACA: Terperangkap dalam kontena selepas bermain dengan rakan
Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, hari ini.
Pada Khamis, tular video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang tiba di dermaga Pelabuhan Barat, dipercayai terkunci selama enam hari di dalam kontena tersebut.
Siasatan polis mendapati, ia melibatkan kapal MV Integra yang bertolak dari Chittagong pada 12 Jan, membawa kontena mengandungi muatan barangan am, dan tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan keterangan mangsa, kanak-kanak itu menjelaskan semasa bermain bersama kawan di Chittagong, dia telah masuk ke dalam kontena dan terkunci sehingga ditemukan oleh pihak pengadu di Pelabuhan Barat.
Siti Nur Aqilla Omar
Fri Jan 20 2023
![Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674141451_kanakkanaklelaki.jpg)
Pada Khamis, tular video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang tiba di dermaga Pelabuhan Barat.
![[KOLUMNIS] Menanti mesej penting di Sungai Bakap esok [KOLUMNIS] Menanti mesej penting di Sungai Bakap esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720168707_SungaiBakap.jpg)
[KOLUMNIS] Menanti mesej penting di Sungai Bakap esok
Kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang, dalam negara, selama 14 hari akan menutup tirai tengah malam nanti.
Starmer, dari kamar mahkamah ke 10 Downing Street
Kier Starmer yang akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri UK yang baharu menggantikan Rishi Sunak merupakan pendatang baharu dalam politik di mana sebelum ini beliau adalah bekas pendakwaraya dan peguam hak asasi.
![[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat [KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720168226_TBTarmize.jpg)
[KOLUMNIS] Rasuah, memilih antara akibat dan manfaat
Pembabitan penjawat awam dalam jenayah rasuah telah memburukkan imej perkhidmatan kerajaan, merencatkan prestasi penyampaian, menjejaskan keselamatan awam dan menyebabkan ketirisan hasil negara.
![Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720168700_sindiketpemalsuan.jpg)
Lelaki Bangladesh ditahan, jadikan hotel markas pemalsuan pasport
Lelaki warga Bangladesh berusia 24 tahun itu ditahan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Tanggung jawab ayah sampai ke liang lahad
Pelajar tingkatan lima, Allahyarham Hafiz Fauzan, yang ditemui selepas hilang selama sebulan, akhirnya disempurnakan pengebumiannya.
![Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.8 billion pada 28 Jun 2024 Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.8 billion pada 28 Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$113.8 billion pada 28 Jun 2024
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
![PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720166085_TBPRKSgBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis
Pengundi DUN Sungai Bakap tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu esok kerana keadaan keselamatan berada di tahap paling baik.
![Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720164087_Nordin.jpg)
Usia 60 tahun bukan penghalang Nordin terus 'terbang' di awan biru
Menginjak usia emas tidak menghalang pramugara ini meneruskan karier yang menuntut kekuatan mental serta fizikal dan terus 'terbang' megah di awan biru.
![Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720165108_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah syarikat didakwa pindah wang lebih RM3 juta tanpa kelulusan mesyuarat agung
Seorang pengarah syarikat perkhidmatan perunding kewangan dan pelaburan mengaku tidak bersalah memindahkan wang syarikat lebih RM3 juta ke dalam akaun bank miliknya tanpa kelulusan mesyuarat agung.
AWANI Ringkas: Polis rekod keterangan petugas kempen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat 14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717850109_KontenaTebakar.jpg)
14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat
Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.
![Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674141451_kanakkanaklelaki.jpg)
Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, laporan dan siasatan polis telah dijalankan dan mendapati tiada unsur pemerdagangan manusia terlibat.
![Pemandu treler cedera langgar jentera bomba Pemandu treler cedera langgar jentera bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628545149_Pemandutrelerceder.jpg)
Pemandu treler cedera langgar jentera bomba
Pemandu treler berusia 31 tahun itu berjaya dikeluarkan dan hanya cedera di paha kanan.
![Cubaan seludup masuk air zam-zam dianggar bernilai RM2.53 juta, tumpas Cubaan seludup masuk air zam-zam dianggar bernilai RM2.53 juta, tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41577191726_AbdulLatifAbdulKa.jpg)
Cubaan seludup masuk air zam-zam dianggar bernilai RM2.53 juta, tumpas
Cubaan tiga syarikat menyeludup masuk 112,560 liter air zam-zam dianggarkan bernilai RM2.53 juta menerusi lima kontena digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.
![Treler hangus terbakar cetus panik di Pelabuhan Klang Treler hangus terbakar cetus panik di Pelabuhan Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481039037_KontenaTerbakar.jpg)
Treler hangus terbakar cetus panik di Pelabuhan Klang
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin treler berkenaan sebelum merebak ke bahagian lain.
![Dua kapal kontena di Pelabuhan Barat terbakar Dua kapal kontena di Pelabuhan Barat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/81378222650_295x200.jpg)
Dua kapal kontena di Pelabuhan Barat terbakar
Dua kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dekat sini terbakar kira-kira pukul 7.30 malam ini.