KUALA LUMPUR: Tiada sebarang permit sambutan tahun baharu diluluskan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena malam ambang tahun baharu esok, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata langkah itu untuk mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.
Hazani berkata pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara diarah untuk melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan bagi memastikan tiada orang ramai berkumpul dan melakukan aktiviti melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara.
"Saya mengingatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam menjelang tahun baharu esok di mana-mana lokasi tumpuan ramai," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata tiada sebarang pertunjukan bunga api akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan pusat beli-belah Pavilion di ibu kota.
BACA: Kerajaan batal sambutan tahun baharu, gantikan solat hajat dan doa selamat - PM
Beliau berkata pihaknya juga akan menjalankan rondaan keselamatan di lokasi-lokasi tumpuan ramai bagi mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.
Di GEORGE TOWN, polis akan mengadakan pemantauan secara 'omnipresence' di kawasan tumpuan dan aliran lalu lintas serta sekatan jalan raya di seluruh Pulau Pinang menjelang ambang tahun baharu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata seramai 146 pegawai dan 821 anggota polis akan menjalankan operasi berkenaan di seluruh negeri.
"Ini kerana bermula esok, Pulau Pinang berkemungkinan akan menerima peningkatan aliran trafik hingga 40 peratus sempena cuti sekolah, cuti akhir tahun dan sambutan awal tahun 2022. Pihak polis ingin mengingatkan supaya patuhi peraturan jalan raya dan dilarang sama sekali meletakkan kenderaan anda di bahu jalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata langkah itu untuk mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Polis kesan pemandu BMW langgar lari penunggang motosikal
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Lambat keluar selepas beli nasi ayam punca suami tampar isteri
Gara-gara lambat keluar dari pusat beli-belah selepas membeli nasi ayam menjadi punca seorang wanita ditampar suaminya dalam kejadian di Kota Warisan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: TVET semakin berkembang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kanada kenakan tarif balas ke atas AS
Kanada akan bertindak balas terhadap tarif baharu Presiden Donald Trump dengan mengenakan tarif 25% ke atas barangan AS, termasuk minuman dan peralatan elektrik, kata Perdana Menteri Justin Trudeau pada Sabtu.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Dalam satu sidang media, Trudeau mengumumkan bahawa Kanada akan mengenakan tarif ke atas barangan AS bernilai 155 bilion dollar Canada bersamaan dengan 107 bilion dollar Amerika.
Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.
Hamas bebas tiga lagi tahanan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tahanan Israel, dalam pembebasan keempat sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada 19 Januari lalu.
AKPS diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah kerana kesalahan membakar lima motosikal milik penduduk kampung.
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak sehingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 5 Februari di tujuh kawasan di Sarawak.
Sambutan Ambang Tahun Baharu di seluruh negara meriah dengan aktiviti riadah, kerohanian
Bangunan ikonik Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Tun Razak Exchange (TRX) menjadi tumpuan orang ramai bagi meraikan kemunculan tahun baharu.
N.Sembilan tiada perancangan anjur sambutan ambang tahun baharu 2025 - Aminuddin
Ia bagi menghormati mangsa banjir selain mengelakkan pembaziran serta sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
P. Pinang tidak anjur sambutan ambang tahun baharu
Kerajaan Pulau Pinang tidak akan menganjurkan majlis untuk meraikan sambutan ambang tahun baharu, pada 31 Dis ini.
Tiada sambutan ambang tahun baharu malam esok - Bukit Aman
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata langkah itu untuk mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.
COVID-19: Tiada sambutan tahun baharu di kebanyakan negeri
Sarawak menjadi satu-satunya negeri yang menganjur acara tradisi kiraan detik-detik terakhir penghabisan tahun dan ketibaan tahun baharu malam tadi.