PUTRAJAYA: Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa bumi dan kemalangan pesawat di lapangan terbang yang berlaku minggu ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad berkata beliau sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan rakan sejawatnya di negara berkenaan bagi memantau perkembangan terkini kedua-dua insiden itu.
"Tidak ada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden di Lapangan Terbang Haneda Tokyo, dan di kawasan gempa bumi itu ada rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar kita yang tinggal di situ tetapi tidak ada yang terjejas dan mereka semuanya selamat," katanya.
Ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua di bawah Inisiatif Diplomasi Budaya yang turut dihadiri Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing di sini hari ini, Mohamad berkata Malaysia bersedia menawarkan apa sahaja bentuk bantuan dan sokongan kepada Jepun sekiranya diperlukan.
"Buat masa ini mereka (Jepun) mempunyai keupayaan amat mencukupi, walau bagaimanapun kita telah pun menawarkan apa juga bantuan dan bentuk sokongan yang mereka perlukan," katanya.
Pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan pada Selasa, pesawat Japan Airlines JAL 516 dari Hokkaido bertembung dengan pesawat pengawal pantai MA-722 ketika mendarat di Lapangan Terbang Haneda, mengakibatkan kedua-duanya terbakar.
Lima daripada enam anak kapal pengawal pantai itu terkorban manakala kapten kapal berjaya menyelamatkan diri namun cedera parah.
Pesawat pengawal pantai itu membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin.
Isnin lepas, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun, sehingga mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih satu meter, selain turut meruntuhkan bangunan-bangunan, menyebabkan kebakaran besar di pelabuhan dan merosakkan jalan raya.
Korban akibat gempa bumi itu meningkat kepada 78 orang setakat pagi Khamis, selepas beberapa siri gempa bumi mencecah sehingga 7.6 pada skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya, lapor Xinhua.
Sementara itu pada majlis tersebut, Tiong yang mewakili Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyerahkan 20 set busana tradisional etnik-etnik utama di Malaysia berserta aksesori lengkap untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara.
Ia merupakan sesi penyerahan kedua oleh MOTAC selepas penyerahan kali pertama kepada 10 Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara yang telah dilaksanakan pada 27 Jan 2022.
Tiong berkata penyerahan 20 set busana tradisional itu merupakan salah satu usaha MOTAC untuk meningkatkan kefahaman dan peranan duta Malaysia di luar negara dalam mempromosikan seni dan budaya negara serta mengukuhkan kolaborasi budaya dengan pertubuhan kebudayaan antarabangsa.
"Kerjasama silang budaya ini dapat mewujudkan peluang sinergi dengan menarik penglibatan aktif pihak swasta, badan bukan kerajaan, komuniti, kerjasama antara kementerian dan jabatan kerajaan terhadap pembangunan dan kelestarian seni budaya dan warisan," katanya.
Mohamad berkata busana yang diterima itu membolehkan pejabat-pejabat kedutaan di luar negara menjadi tempat untuk memperagakan atau mempromosikan pakaian seni budaya pelbagai etnik di Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Mohamad berkata beliau sentiasa berhubung rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan rakan sejawatnya di negara berkenaan bagi memantau perkembangan terkini kedua-dua insiden itu.

Sokongan masyarakat sivil terhadap Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024
MMM diharap akan terus memelihara dan meningkatkan keyakinan terhadap media serta mengukuhkan ekosistem maklumat dan kebebasan bersuara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.
Agenda AWANI: Usaha damai di selatan Thailand
Bagaimana komitmen Malaysia selaku pengerusi #ASEAN25 untuk mengutamakan usaha mencapai kedamaian di wilayah selatan Thailand? Diskusi 9 malam

Terdapat 14 luka tikaman pada mayat wanita disyaki dibunuh - Polis
Polis menerima laporan lengkap keputusan hasil bedah siasat itu oleh pakar perubatan forensik Hospital Melaka yang dijalankan pada Isnin lepas.

Kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM8 tahun ini
Individu boleh membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan.

Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Kinarut
Bom berkenaan ditemukan oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan pada pukul 1.30 tengah hari.
Pemukiman Menteri Ekonomi gulung hari pertama
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa mesyuarat pertama pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dari Desaru, Johor.
UMNO setengah calon miliki ciri 'wali' - Ahmad Zahid
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' yang boleh menang, diterima dan disenangi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
ASEAN 25: Pemukiman ADMM tumpu kerjasama pertahanan serantau
Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) 2025 di Pulau Pinang berlangsung hari ini dengan tumpuan diberikan terhadap kerjasama pertahanan serantau.
Wujud kes hospital swasta caj tinggi pesakit guna GLC - GLC
Kementerian Kewangan mengesahkan, terdapat kes tertentu menunjukkan kos rawatan lebih tinggi dikenakan ke atas pesakit yang menggunakan surat jaminan (GL), berbanding pesakit membayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian (pay-and-claim).

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.