PUTRAJAYA: Tiada sebarang radiasi atau unsur radioaktif dikesan pada dua objek disyaki sisa serpihan roket China yang jatuh dan ditemukan di Sarawak baru-baru ini, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
MOSTI memaklumkan perkara itu disahkan pasukan siasatan yang melakukan siasatan lanjut terhadap dua objek yang dijumpai di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah, Miri di Sarawak semalam.
Empat pegawai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) daerah Bintulu bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis daerah Bintulu telah menjalankan siasatan di lokasi pertama di Kampung Nyalau.
"Berdasarkan ukuran dan hasil siasatan awal mendapati bahawa objek pertama yang disyaki bersaiz sekitar lima inci berkenaan tidak mengeluarkan sebarang radiasi dan tiada unsur radioaktif dikesan pada objek tersebut.
"Ukuran dan hasil siasatan awal terhadap objek kedua di Niah, Miri turut menunjukkan hasil yang sama iaitu objek disyaki tidak mengeluarkan sebarang radiasi dan tiada unsur radioaktif dikesan," menurut MOSTI dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, MOSTI menjelaskan kedua-dua objek disyaki sisa serpihan roket China itu adalah selamat untuk dilaksanakan siasatan dan analisis seterusnya.
MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan kerjasama Jabatan Kimia akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kedua-dua objek itu bagi menentusahkan sama ada objek tersebut ada kaitan dengan insiden kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China atau tidak.
Hasil siasatan dan analisis akan dimaklumkan dan tindakan sewajarnya akan dipertimbangkan selaras Akta 834 (Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022) dan triti antarabangsa berkaitan angkasa di bawah kendalian United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA), menurut MOSTI.
Pada Ahad, media melaporkan terdapat serpihan roket Long March 5B milik China dikesan melintasi ruang udara Malaysia di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak.
MOSTI dalam kenyataan memaklumkan pemantauan secara berterusan pihaknya menerusi MYSA serta kenyataan oleh Agensi Angkasa China mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara bumi dikesan pada 12.55 tengah malam Sabtu waktu Malaysia.
Menurut MOSTI, sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah Utara dan longitud 119.0 darjah Timur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
perkara itu disahkan pasukan siasatan yang melakukan siasatan lanjut terhadap dua objek yang dijumpai di Kampung Nyalau, Bintulu dan Kampung Sepupok Lama, Niah, Miri di Sarawak semalam. - Foto Astro AWANI
Menilai prestasi awal tahun dan prospek terkini pasaran
Apa yang menjadi keutamaan dan kebimbangan pasaran pada prestasi awal tahun serta jangkaan semasa? Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, mengupas berkenaan prestasi pasaran saham minggu ini dan unjuran masa terdekat.
#AWANIRingkas 10 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Januari 2025
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.
Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sepanjang kariernya, Jayachandran merakamkan lebih daripada 16,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi.
Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas Presiden yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis daripada kanser esofagus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
- Video promosi Visit Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
- Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha
- Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
- Video promosi Visit Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
- Titah Adendum: Butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak akan didedahkan - Dr Zaliha
- Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re
Ia antara tahun paling mahal dari segi kerugian akibat bencana alam sejak 1980, walaupun setelah diselaraskan dengan inflasi.
Lelong: Cendawan dari Noto yang dilanda bencana capai harga rekod US$2,200
Cendawan dari empat daerah di kawasan Noto mesti memenuhi kriteria untuk dihantar sebagai Nototemari.
Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah
Anwar menyifatkan kebakaran hutan itu sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
Amad Diallo sambung kontrak dengan Manchester United
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dengan enam gol dan tujuh bantuan jaringan.
Lagi objek disyaki serpihan roket Long March 5B ditemui di Sibu
Satu lagi objek dipercayai serpihan roket Long March 5B milik China dilaporkan ditemui di kawasan Rumah Panjang Renyam, Sungai Asan Bayu pada Sabtu.
Objek hitam ditemukan di Batu Niah dipercayai serpihan roket Long March 5B China
Dua keluarga diarah mengosongkan rumah mereka oleh pihak bomba kerana bimbang akan kesan radioaktif berikutan penemuan objek asing berdekatan kediaman masing-masing.