Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pemeriksaan semasa ke semasa bagi memastikan tiada produk vaksin tiruan berada di pasaran negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat pemeriksaan yang dilakukan setakat ini, tiada syarikat yang dikesan memalsukan produk vaksin mereka.
"KKM juga mengingatkan hospital atau klinik swasta untuk membeli stok bekalan vaksin daripada pembekal-pembekal yang berlesen sahaja dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin dengan harga yang lebih murah dari harga pembekal yang berlesen," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu sebagai mengulas mengenai laporan berkenaan pihak agensi regulatori Indonesia, Badan Pengawas Obat dan Makanan (BADANPOM) pada 20 Julai 2016 telah mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan vaksin tiruan di Indonesia.
Susulan itu, kerajaan Indonesia telah mengambil langkah-langkah untuk menghentikan pengedaran vaksin tiruan tersebut.
"KKM memberi amaran bahawa memiliki, menjual atau membekal vaksin tidak berdaftar dan vaksin tiruan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Jika disabitkan kesalahan individu boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun untuk kesalahan pertama atau denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.
Beliau berkata jika kesalahan tersebut dilakukan oleh syarikat dan jika disabitkan kesalahan syarikat boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama atau denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya.
Dr Noor Hisham berkata orang awam juga dinasihatkan untuk berkomunikasi dengan pengamal perubatan mengenai vaksin yang diberikan dan kesan sampingan yang mungkin timbul serta tindakan yang harus dilakukan apabila kesan sampingan yang tidak diingini berlaku selepas mendapatkan vaksin tertentu.
"Orang awam boleh menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-7883 5400 sekiranya terdapat vaksin yang meragukan," katanya.
Bernama
Thu Aug 04 2016

NOOR HISHAM: KKM juga mengingatkan hospital atau klinik swasta untuk membeli stok bekalan vaksin daripada pembekal-pembekal yang berlesen sahaja. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Kes demam denggi turun 9.5 peratus pada ME26 - KP Kesihatan
Sejumlah 2,336 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26) iaitu bagi tempoh 25 Jun hingga 1 Julai lepas, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

COVID-19: Individu positif tidak perlu ujian ulangan selepas selesai kuarantin - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) menekankan ujian ulangan tidak perlu bagi individu positif COVID-19 yang selesai menjalani kuarantin.

PPV Mega ditutup bermula 16 Mac - KP Kesihatan
Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Lapor, dapatkan rawatan jika alami kesan serius vaksin - KP Kesihatan
Penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius atau berpanjangan dinasihat merujuk kepada fasiliti kesihatan berhampiran dan mendapatkan rawatan segera.

Hanya 25 kes miokarditis dikesan selepas terima vaksin - KP Kesihatan
Hanya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 21 hari selepas individu menerima vaksinasi COVID-19.

COVID-19: Hanya 1.6 peratus kes baharu kategori 3, 4, dan 5 - Dr Noor Hisham
Jumlah kes sembuh harian sebanyak 23,469 meningkatkan peratusan kes kumulatif sembuh kepada 88.9 peratus.

COVID-19: Hanya 1.5 peratus kes baharu dalam kategori 3, 4, dan 5 - KP Kesihatan
24,813 kes telah sembuh sepenuhnya, menjadikan peratusan meningkat kepada 87.5 peratus.

Kes baharu COVID-19 hari ini jatuh kepada 16,073, Sarawak masih tertinggi - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah angka 1,995,771 kes.

COVID-19: 20,988 kes baharu hari ini, kumulatif kes 1,786,004 - KP Kesihatan
Sebanyak 20,988 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Khamis, meningkat berbanding 18,762 semalam.

COVID-19: Hanya 0.8 peratus daripada keseluruhan 12,541 kes libatkan kategori 4, 5 - KP Kesihatan
Daripada keseluruhan 12,541 kes, hanya 49 kes dalam kategori empat, dan 54 kes dalam kategori lima.