PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini memberikan bayangan bahawa beliau dijangka kekal di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajuinya kini.
Ketika berucap pada Majlis Penutup Kejohanan Sukan Majlis Kebajikan dan Sukan KKDW (MAKSPEN) XIV di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata ini kerana tidak ada perbincangan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pertukaran portfolio.
"....tapi saya rasa tidak ada pertukaran kementerian kerana PM (Anwar) tidak pernah bincang pun dengan saya," katanya.
Desas-desus mengenai rombakan Kabinet antaranya melibatkan Ahmad Zahid yang kini memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang dikatakan akan bertukar ke Kementerian Dalam Negeri.
Ahmad Zahid pada 3 Okt lepas dilaporkan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung rombakan Kabinet kerana ia hak prerogatif Anwar.
Sementara itu, Ahmad Zahid mahu kejohanan MAKSPEN yang berlangsung setiap dua tahun ketika ini, diadakan lagi pada tahun hadapan.
"Kali terakhir kita adakan sukan ini ialah pada 2015 dan selepas itu tiada lagi. Dengan ini saya arahkan tahun depan wajib diadakan semula," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh peserta kejohanan.
Beliau turut mencadangkan Hari Keluarga KKDW diadakan sempena MAKSPEN 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini memberikan bayangan bahawa beliau dijangka kekal di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajuinya kini. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Tiada perbincangan tukar portfolio - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan bayangan bahawa beliau dijangka kekal di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajuinya kini.