RAWANG: Tiada peraturan yang menghalang pencalonan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Hasnal Rezua Merican Habib Merican bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menyemak perkara berkenaan dengan para peguam berhubung pencalonan Hasnal Rezua Merican.
"Tidak ada satu pun peraturan yang menghalang (pencalonan itu) dan saya telah rujuk dengan peguam-peguam kita," katanya pada program ceramah kempen PRN DUN Kuang di Bandar Tasik Puteri, di sini malam Khamis.
Hasnal Rezua Merican dicalon untuk mewakili BN bagi merebut kerusi DUN Kuang berhadapan dengan penyandang kerusi itu, Sallehudin Amiruddin (Bebas) dan Mohd Rafiq Abdullah (PN-Bersatu).
Ahmad Zahid berkata sebagai produk yang dilahirkan oleh Suhakam selain Hasnal Rezua Merican sendiri adalah seorang pengamal undang-undang dan beliau berpendapat tokoh sebeginilah yang harus disokong bukan sahaja oleh pengundi DUN Kuang, tetapi juga harus didokong oleh badan profesional berkenaan.
Namun katanya, mengikut etikanya lebih sesuai Hasnal Rezua Merican untuk mengundur diri daripada Suhakam bagi menumpukan perkhidmatan beliau kepada penduduk di Kuang.
Mengenai prestasi kempen parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan di enam negeri yang terlibat dengan PRN, Ahmad Zahid berkata beliau masih belum berpuas hati.
"Tempoh berkempen hingga 8 Ogos iaitu untuk pengundi awal dan daripada 8 Ogos hingga 12 Ogos, tempohnya adalah singkat tapi kita yakin kalau kita berpuas hati dari sekarang maka kita tidak akan bekerja," katanya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau akan sekali lagi akan turun di enam negeri berkenaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyantuni jentera dan para pengundi.
"Juga untuk pengundi berkenaan bagi kita menghidangkan beberapa perkara baharu sebagai pengubah keadaan untuk keenam-enam negeri ini," katanya.
PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, dengan pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2023
Ahmad Zahid dan Hasnal Rezua (tengah) ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi dan Tinjauan Mesra Kempen Pilihan Raya di Bilik Gerakan PDM Bandar Tasik Puteri, Rawang, 3 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.
Salji tebal sebabkan gangguan di Jerman dan Perancis, Menara Eiffel ditutup
Polis Jerman berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi EUR1 juta.
Tiada peraturan halang Pesuruhjaya Suhakam jadi calon untuk PRN
Ahmad Zahid berkata, beliau telah menyemak perkara berkenaan dengan para peguam berhubung pencalonan Hasnal Rezua Merican.