Malaysia memutuskan untuk tidak lagi melaksanakan jarakan sosial dalam pesawat setelah mengambil kira standard antarabangsa dan garis panduan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Menurutnya, Malaysia sebelum ini adalah antara negara yang melaksanakan jarakan sosial dalam pesawat semasa pandemik COVID-19, manakala ada negara yang melaksanakannya secara bersyarat dengan jarak tidak sampai satu meter.
Beliau berkata IATA tidak mewajibkan jarakan sosial namun secara jelas menggariskan tatacara yang perlu dilaksana termasuk saringan kesihatan, pemakaian pelitup separuh muka serta perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh kru sebelum dan selepas penerbangan.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Wee berkata kementeriannya mengadakan perbincangan "berkali-kali" dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara sebelum mencapai keputusan untuk tidak lagi mengamalkan jarakan sosial dalam pesawat, selaras dengan standard antarabangsa.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan semua pengangkutan awam, bas ekspres, pesawat, perkhidmatan e-hailing, teksi dan kenderaan persendirian kini dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah memakai pelitup hidung dan mulut, memuat turun aplikasi MySejahtera dan penggunaan cecair pembasmi kuman.
Mengulas lanjut, Wee juga berharap syarikat penerbangan dapat mengurangkan harga tiket yang dilaporkan naik mendadak sebelum ini dengan pembatalan arahan penjarakan sosial dalam pesawat itu.
"Kita (kementerian) tidak boleh campur tangan dalam penjualan tiket tetapi kita minta jasa baik mereka untuk mengurangkan harga tiket," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 11 2020
Wee berkata kementeriannya mengadakan perbincangan "berkali-kali" dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. - Gambar fail/BERNAMA
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
KKM tubuh dua jawatankuasa kerja tingkatkan tahap kesihatan Orang Asli
Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dalam masa terdekat.
Alasan sakit mental lepas buat jenayah, KKM teliti solusi perundangan - Dr Dzulkefly
Masih terlalu awal untuk Kementerian Kesihatan meminda perundangan membabitkan kes jenayah dilakukan oleh pesakit mengalami masalah mental.
CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan
CUEPACS memohon Kementerian Kesihatan agar segera meneliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan yang dikatakan berkualiti rendah.
84 maut dalam tempoh 24 jam, angka korban Gaza meningkat kepada 42,603
Angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi dengan anggaran 10,000 mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Gaza.