Tiada pendeposit Tabung Haji yang bertindak menutup atau mengeluarkan wang simpanan mereka selepas isu dakwaan penyelewengan agensi itu oleh bekas pemimpin terdahulu.

Malah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Zukri Samat sebaliknya berkata, TH mencatatkan 170 pendeposit baharu pada Selasa.

"Para pendeposit masih lagi bersama TH dan saya dimaklumkan terdapat 170 pendeposit baharu hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Menara Tabung Haji pada Selasa.

BACA: Aset TH kurang berdaya saing diserah kepada SPV

BACA:
TH perlu saman individu terlibat dalam salah laku - Asyraf