Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata tiada paksaan dikenakan kepada pelajar universiti awam (UA) tempatan untuk menyertai program 'Gap Year'.
Beliau berkata, program perintis yang dijangka bermula pada September depan membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah bagi memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.
"Tiada paksaan kepada pelajar untuk menyertai program ini dan ia lebih kepada usaha kerajaan untuk menanam budaya kasih sayang dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi", katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi media di sini dari India untuk memberikan penjelasan berhubung program 'Gap Year' bagi mengelakkan kekeliruan berikutan ada pihak menyangka ia merupakan program paksaan dan akan membebankan pelajar.
Idris menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melakukan lawatan rasmi enam hari di India bermula 30 Mac lepas.
Program Gap Year akan membolehkan penuntut UA mengambil 'cuti' setahun daripada tempoh pengajian untuk bekerja dalam bidang diminati atau menjalankan aktiviti kesukarelawan.
Program perintis itu akan memberi peluang kepada pelajar yang berminat untuk bekerja dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Program Latihan Khidmat Negara (PKLN).
Idris berkata program itu telah dilaksanakan di beberapa negara maju yang membenarkan pelajar mengambil tempoh tertentu daripada pengajian untuk menyertai bidang kesukarelawanan bagi memberi peluang mereka berbakti kepada masyarakat dan menimba pengalaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2017

IDRIS: "Tiada paksaan kepada pelajar untuk menyertai program ini dan ia lebih kepada usaha kerajaan untuk menanam budaya kasih sayang dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi." - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Tiada paksaan sertai program 'Gap Year', kata Idris
Program perintis yang dijangka bermula pada September depan membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah bagi memupuk semangat kesukarelawanan.

Program 'Gap Year' buka ruang penuntut universiti sertai program kebajikan
Dalam tempoh 'berehat' yang dijangka selama setahun itu, pelajar boleh menjadi sukarelawan di dalam mahupun luar negara.