KUALA LUMPUR: Permohonan ekstradisi terhadap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low tidak dapat dilakukan memandangkan tiada negara ahli Polis Antarabangsa (Interpol) mengesahkan keberadaannya.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, yang berkata usaha mengesan Jho Low masih giat dijalankan dan segala maklumat diterima mengenai keberadaan individu itu di negara asing diteliti kesahihannya termasuk menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara-negara berkenaan.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah memohon dan memperoleh notis merah (orang dalam buruan dikhendaki untuk pendakwaan) terhadap Jho Low daripada Interpol pada 2018.
"Pihak yang mempunyai mempunyai maklumat berhubung lokasi Jho Low diminta untuk menyalurkan kepada Infoline Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di talian 013-2111222 (WhatsApp sahaja) atau balai polis berhampiran.
"Setiap maklumat diterima akan diteliti kesahihannya dan akan disalurkan kepada Interpol bagi mendapatkan bantuan pengesahan lanjut daripada negara ahli yang terlibat," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol kepada 195 negara ahli adalah sebagai makluman dan mendapatkan bantuan maklumat daripada negara ahli Interpol mengenai keberadaan penjenayah dalam buruan itu.
Menurutnya, sekiranya mana-mana negara ahli mengesan keberadaan penjenayah dikehendaki, Interpol negara berkenaan adalah bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat kepada negara yang memperoleh notis merah bagi proses permohonan ekstradisi.
Acryl Sani berkata PDRM kekal komited dalam memastikan Jho Low ditahan untuk dibawa ke muka pengadilan termasuk memfailkan 13 pertuduhan di mahkamah tanpa kehadirannya (in absentia) melibatkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Selain PDRM, pihak berkuasa asing di Singapura dan Amerika Syarikat turut menjalankan siasatan terhadap Jho Low. Kedua-dua negara telah memfailkan pertuduhan terhadapnya," katanya.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, Jho Low didakwa bersembunyi di China dan perkara itu didedahkan penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope, menerusi episod pertama program 'Where is Jho Low? The Search for the 1MDB Fraud Mastermind', yang disiarkan di platform YouTube.
Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di taman tema Disneyland Shanghai.
Hope mendakwa gambar bertarikh 24 Dis 2019 itu diterima daripada sumber yang boleh dipercayai.
1MDB telah memfailkan saman AS$3.7837 bilion (RM17.02 bilion) terhadap Jho Low dan empat anak syarikatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 08 2022

PDRM telah memohon dan memperoleh notis merah (orang dalam buruan dikhendaki untuk pendakwaan) terhadap Jho Low daripada Interpol pada 2018. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.

Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.

1MDB: Pelayaran ke Selatan Perancis adalah percutian bersama keluarga - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pelayaran ke Selatan Perancis pada 2009 adalah semata-mata untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga.

1MDB: Shahrol Azral tidak seharusnya ikut arahan Jho Low - Najib
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak seharusnya mengikut arahan Jho Low, kata Najib.

1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.