Timbalan Perdana Menteri percaya masalah ‘cah keting’ tidak akan berlaku dalam kalangan pemimpin bahagian di Kelantan.
Keyakinan itu disandarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau sendiri menyelaras masalah itu bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua UMNO Bahagian di seluruh negeri tersebut.
“Sekarang tidak timbul banyak sebab kita lakukan interaksi dengan Mustapa dan ketua bahagian.
Kita eratkan hubungan dengan ikhlas mereka bagitahu kali ini akan pastikan titik bengit tidak akan dilayan walaupun ada miang di telinga… tetapi kita dah selesai,” katanya.
Ahmad zahid juga memaklumkan beliau akan memberikan komitmen dan membantu Mustapa dengan daya usaha serta kebijaksanaan bagi memastikan Kelantan jatuh ke tangan BN.
Katanya, beliau juga akan berada di negeri itu beberapa hari sebelum hari penamaan calon bagi membantu jentera pilihan raya BN Kelantan.
Beliau juga meluluskan peruntukkan RM2 juta bagi program baik pulih rumah dan RM500,000 untuk bantuan ibu tunggal bagi Parlimen Pasir Puteh.
Muhafandi Muhamad
Fri Mar 16 2018

Beliau juga akan berada di negeri itu beberapa hari sebelum hari penamaan calon bagi membantu jentera pilihan raya BN Kelantan.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rampas 4 negeri PN dengan syarat tiada ‘cah keting’ - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata, budaya 'cah keting' perlu ditolak semua parti dalam kerajaan untuk memastikan usaha mengekalkan pentadbiran akan terlaksana.

PRK Kemaman: 'Tak ada budaya 'cah keting', calon BN diterima baik' - Mohamad
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan percaya budaya 'cah keting' dalam kalangan anggota parti itu tidak akan berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Pastikan Pelangai terus jadi kubu kuat BN - Mohamad
Jentera Barisan Nasional (BN) perlu menyantuni setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, bagi memastikan kawasan itu terus menjadi kubu kuat parti itu di Pahang.

PRU15: BN bimbang 'cah keting' jadi punca kecundang - Ismail Sabri
Ismail Sabri menasihati ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak terjebak dengan amalan 'cah keting' (sabotaj), jika tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

PRU15: Ismail Sabri ingatkan ahli UMNO, BN jangan sabotaj
PM mengingatkan semua anggota UMNO agar tidak melakukan sabotaj ke atas calon yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Budaya 'Cah Keting' sukar diuruskan - Ibrahim Ali
Ibrahim berkata cah keting kini semakin sukar diuruskan kerana ia telah menjadi budaya.

Pengundi luar Kelantan sokong BN - Ahmad Jazlan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan tetap meletakkan fokus kepada pengundi luar yang bakal pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Zahid kecewa usaha kerajaan tidak dihargai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kecewa kerana usaha kerajaan menjaga kebajikan rakyat tidak dihargai.