SHAH ALAM : Kejadian banjir di kawasan Hulu Langat berpunca daripada kepala air yang datang daripada kawasan pergunungan di sekitarnya, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, buat masa ini beliau tidak menerima laporan bahawa banjir itu berpunca daripada projek pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).

Bahkan, katanya, terdapat 30 lokasi tanah runtuh dikesan dari Simpang Perebas hingga Kuala Klawang yang mengundang berlakunya insiden kepala air tersebut.

BACA: Banjir Selangor: Debu, lumpur penuhi laluan Batu 18, Hulu Langat

BACA: Pembinaan EKVE antara punca banjir lumpur di Hulu Langat - PM

“Ini bermakna takungan air yang besar daripada kawasan pergunungan itu telah turun dan jadi kepada air dan turut menyeret sampah, longgokan kayu-kayan dan sampai ke Batu 14, kawasan Sungai Lui dan kawasan sekitar.

“Semalam, saya ada berjumpa dengan Datuk Seri Zaini Ujang (Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air), beliau memaklumkan kadar turun hujan di Raub pada 18 Disember mencecah 800 mm.

“Jadi, Banjaran Titiwangsa itu telah menjadi penghalang dan selebihnya telah sampai ke Selangor. Sebab itu kita catat antara 300 ke 400 mm. Jadi, takungan air di kawasan tersebut telah mengalir ke kawasan Hulu Langat dan menyebabkan banjir luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas berkaitan banjir di Selangor pada Isnin.

BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI

[TERKINI] Sidang media khas situasi banjir di Selangor



Banjir | NGO 'banjiri' Hulu Langat

Menurutnya, aliran air yang luar biasa jumlahnya itu juga kemudian mengalir ke kawasan hilir dan menyebabkan Kuala Langat pula dinaiki air.

“Sebahagiannya mengalir ke Kuala Langat selepas itu dan turut melebatkan jumlah hujan di Klang yang mencatatkan lebih 400 mm.

“Itu yang dimaklumkan. Saya tidak tahu maklumat berkaitan lebuh raya (EKVE) tapi lumpur dan sebagainya, perlu dirujuk kepada pakar,” ujarnya.


Banjir 2021 | Pasukan bantuan bencana Istana Negara diaktifkan

Astro AWANI sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata. pembinaan EKVE dipercayai menjadi antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar daerah Hulu Langat baru-baru ini.

Jelasnya, ia memandangkan kawasan projek tersebut telah menyebabkan beberapa saliran longkang sekitarnya tersumbat.