BENTONG: Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sudah sepenuhnya dimuktamadkan dan tidak akan ada lagi sebarang perubahan seperti sebelumnya, kata Datuk Seri Wee Ka Siong.
Menurut Menteri Pengangkutan itu, ketetapan tersebut telahpun diputuskan dan Skim Keretapi sudahpun ditandatangani.
"Tidak akan ada lagi perubahan dari segi jajaran sekalipun berlaku pilihan raya atau apa -apa (yang lain).
“Selepas kita telah menandatangani Skim Keretapi, bermakna kerja-kerja pembinaan projek ECRL ini boleh terus berjalan," kata beliau ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Terowong Genting ECRL Seksyen C (Mentakab ke Pelabuhan Klang) di sini, hari ini.
Ka Siong berkata, laluan di Seksyen C itu akan membabitkan pembinaan landasan terowong terpanjang di Asia Pasifik dan dianggap sebagai bahagian pembinaan paling mencabar bagi projek ECRL.
"Projek ECRL ini kini siap siaga untuk menghadapi cabaran di Seksyen C yang merangkumi jajaran dari Mentakab ke Pelabuhan Klang di mana pihak MRL selaku pemilik projek ECRL dan syarikat China akan berganding bahu menjalankan kerja-kerja fizikal seawal suku pertama tahun ini," jelas beliau.
Kataya, kerja-kerja kritikal lain di seksyen tersebut merangkumi pembinaan Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39 Kilometer menggunakan mesin pengorek terowong (TBM) serta pembinaan Terowong Serendah sepanjang 14.10 Kilometer menerusi kaedah gerudi dan letup.
Secara umumnya, pembinaan Seksyen C, ujarnya, melibatkan jajaran sepanjang 172 Kilometer dan melibatkan lima buah stesen ECRL iaitu Temerloh, Bentong, ITT Gombak, Serendah Baru dan Jalan Kastam.
Beliau turut memaklumkan, kerja-kerja penggerudian terowong dijangka dimulakan selepas Mei ini sebaik projek pemasangan TBM yang tiba di Malaysia pada 4 Julai tahun lalu siap sepenuhnya.
"Hari ini kita tunjuk TBM ini telah masuk dan sudahpun dipasang. Tetapi kita perlu lagi korek sedalam 50 meter sebelum ia boleh dibawa masuk," jelasnya.
Mesin pengorek TBM yang dibuat dari China itu dijangka mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja-kerja mengorek terowong sejauh 700 meter sebulan.
Ketika ini mesin tersebut telahpun 85 peratus siap proses pemasangan semula dan bakinya dijangka selesai sepenuhnya menjelang Mei ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jan 13 2022
![Tiada lagi perubahan jajaran ECRL Seksyen C - Menteri Tiada lagi perubahan jajaran ECRL Seksyen C - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642052999_WeeKaSiong.jpg)
Datuk Seri Wee Ka Siong (tiga dari kanan) mendengar taklimat ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Terowong Genting ECRL Seksyen C (Mentakab ke Pelabuhan Klang) di Mentakab pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Tiada lagi perubahan jajaran ECRL Seksyen C - Menteri Tiada lagi perubahan jajaran ECRL Seksyen C - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642052999_WeeKaSiong.jpg)
Tiada lagi perubahan jajaran ECRL Seksyen C - Menteri
"Tidak akan ada lagi perubahan dari segi jajaran sekalipun berlaku pilihan raya atau apa-apa yang lain." - Wee Ka Siong
![Tarikh siap ECRL masih kekal pada 31 Dis 2026 - Wee Ka Siong Tarikh siap ECRL masih kekal pada 31 Dis 2026 - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620050544_WEEKASIONG.jpg)
Tarikh siap ECRL masih kekal pada 31 Dis 2026 - Wee Ka Siong
Sasaran penyiapan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal setakat ini iaitu pada 31 Dis 2026 bagi seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun dan B dari Dungun ke Temerloh.
![Kerajaan Pas Kelantan akui projek ECRL memangkin pertumbuhan ekonomi Kerajaan Pas Kelantan akui projek ECRL memangkin pertumbuhan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436229469_MOHDAMAR.jpg)
Kerajaan Pas Kelantan akui projek ECRL memangkin pertumbuhan ekonomi
Kerajaan Pas Kelantan turut mengakui dan senada dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal memangkin pertumbuhan ekonomi negeri.