GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mendapati tiada lagi kegiatan penganjuran lumba haram dalam skala besar oleh mat rempit selepas kejadian kemalangan di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu yang meragut lima nyawa pada Julai lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia adalah hasil operasi dan pemantuan berterusan pihaknya bersama agensi lain antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengekang kegiatan lumba haram.
"Pihak kami sentiasa melakukan pemantauan terhadap kegiatan tersebut dan kami tidak terima maklumat berlakunya perlumbaan haram yang besar oleh mat rempit, hanya terdapat beberapa kes kecil melibatkan penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya.
"Ada dua tiga kes (mat rempit) ditahan, tetapi ia lebih kepada tunjukkan aksi berani seperti 'ala superman'. Polis tidak akan kompromi dan akan minta reman ke atas pelaku kegiatan rempit ini,'' katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Pada 17 Julai lepas, lima penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan beberapa motosikal dan dua kereta di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini, yang polis percaya akibat kegiatan lumba haram.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya juga akan mengadakan satu mesyuarat khas bersepadu melibatkan pelbagai agensi berkaitan untuk membincangkan langkah dan rangka strategi menangani isu mat rempit serta lumba haram.
"Mesyuarat itu mungkin diadakan pada minggu depan atau dua minggu lagi berhubung susulan Pulau Pinang yang akan dijadikan model bagi projek perintis iaitu dengan menggunakan strategi baharu dalam menangani isu mat rempit dan lumba haram, seperti yang dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak pada Ogos lepas," katanya.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran program Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2022 pada 13 hingga 15 Sept ini dan ekoran daripada itu beberapa jalan yang menjadi lokasi penganjurannya akan ditutup.
Menurutnya lokasi yang terlibat bagi penganjuran program itu adalah Pusat Konvensyen Setia Spice, Hotel Eastern and Oriental dan Padang Kota Lama dengan dijangka 4,000 delegasi dari dalam dan luar negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertainya.
"Acara penutup program ini akan diadakan pada 15 Sept di Padang Kota Lama, untuk itu beberapa lokasi jalan akan ditutup antaranya Jalan Tun Syed Sheh Barakbah bermula pukul 12 tengah hari 15 Sept hingga 1 pagi keesokkannya, manakala Lebuh Duke dan Jalan Padang Kota Lama pula bermula pukul 12.01 tengah malam 15 Sept hingga 1 pagi 16 Sept," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 09 2022

Shuhaily berkata, ia adalah hasil operasi dan pemantauan berterusan PDRM bersama agensi lain antaranya JPJ bagi mengekang kegiatan lumba haram. - Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.

Ambil gambar kenderaan diubah suai dan tularkan - Ketua Polis Kedah
Polis meminta masyarakat di Kedah mengambil gambar dan menularkan di media sosial kenderaan yang diubah suai, sebagai usaha mengekang kes lumba haram dan aktiviti samseng jalanan atau 'mat rempit'.

Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal diubah suai
Polis Kedah meminta bantuan orang awam mengambil gambar kenderaan yang diubah suai dan menularkannya di media sosial sebagai salah satu usaha mengekang kes lumba haram dan 'mat rempit'.

69 pelajar ditahan merempit
Operasi bersepadu PDRM Kontinjen Perak bersama beberapa agensi seperti JAS dan AADK, bermula 6.30 petang semalam sehingga awal pagi ini.

Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.

Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.

Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.

'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan
Sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.