KUALA LUMPUR:
Benarkah sesebuah pelaburan memerlukan kita untuk mempunyai wang yang banyak, serta pengetahuan mendalam tentang risiko termasuk kerap menyemak prestasi pasaran harian?

Kini, semua mitos tersebut dapat anda tepis menerusi Principal yang mempunyai kepakaran dan pengalaman bertaraf global dalam perkhidmatan pelaburan patuh syariah. 

Principal menawarkan pengurusan aset patuh syariah seperti unit amanah dan skim persaraan swasta yang holistik dengan proses yang menyeluruh berasaskan prinsip Islam.


1. Apakah pelaburan?

Melabur adalah satu cara untuk meningkatkan potensi jumlah wang yang anda miliki. Matlamatnya adalah untuk membeli pelaburan pada harga rendah, dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Perbezaan antara simpanan dan pelaburan adalah: 

• Anda biasanya menyimpan wang dalam akaun bank atau akaun simpanan tetap di institusi perbankan dengan pulangan yang minimum kerana risikonya rendah. Sebaliknya apabila anda melabur dalam unit amanah, anda membeli dana yang bersesuaian dengan tahap tolerasi risiko anda agar anda dapat menjana pulangan yang lebih tinggi untuk mencapai matlamat kewangan anda.

• Melabur juga dapat membantu anda mengatasi inflasi melalui pulangan yang diperolehi, dan memastikan kuasa beli wang anda tetap kukuh.

• Simpanan biasanya diperuntukkan untuk matlamat jangka pendek, manakala pelaburan lebih sesuai untuk matlamat jangka sederhana atau panjang seperti pendidikan anak-anak, mengerjakan umrah atau haji dan persaraan.


Tiga panduan pelaburan

Ini tiga panduan yang boleh membantu anda merancang pelan pelaburan yang mantap:

• Mula melabur secepat mungkin

Lebih awal anda melabur, lebih tinggi peluang yang ada untuk meningkatkan potensi keuntungan pelaburan anda. Jadi melaburlah seawal yang mungkin. 

• Melabur selama mana yang anda mampu

Apabila anda melabur secara jangka panjang, anda boleh memperoleh pulangan yang lebih baik untuk wang pelaburan anda dimana keuntungan tahunan akan dilaburkan semula untuk meningkatkan lagi pulangan anda. Ia dipanggil pulangan berkompaun yang bermaksud anda akan memperolehi lebih banyak wang untuk persaraan anda.

• Pelbagaikan pelaburan anda untuk mengurangkan risiko

Jika anda meletakkan semua wang anda di dalam satu jenis pelaburan sahaja, anda berisiko untuk mengalami kerugian jika pelaburan itu jatuh nilai. Tetapi, dengan mempelbagaikan pelaburan, anda boleh mengurangkan risiko kerugian wang anda.


2. Apakah unit amanah? 

Dana unit amanah adalah medium kewangan yang terdiri daripada kumpulan dana yang dikumpulkan dari sekumpulan pelabur awam dengan objektif yang sama. Dana pelaburan kolektif atau terkumpul ini diuruskan sepenuh masa oleh pengurus dana profesional. Portfolio pelaburan biasanya terdiri daripada ekuiti, sukuk dan pasaran wang.

Unit amanah adalah hubungan tiga hala antara pengurus, pemegang amanah dan pemegang unit . Pengurus bertanggungjawab dalam menguruskan dan mengendalikan dana unit amanah, pemegang amanah sebagai pemegang semua aset dan pemegang unit adalah pelabur.


• Apakah faedah pelaburan unit amanah?

Pelabur boleh melabur dalam portfolio yang pelbagai dan mendapat manfaat daripada pengurusan pakar dana, modal yang berpatutan dan pengurusan risiko yang sistematik. Pelaburan unit amanah disesuaikan mengikut keperluan dan objektif khusus dana dan sentiasa dipantau oleh pengurus dana dan pemegang amanah. Ini dapat menjimatkan masa pelabur tanpa perlu memantau sendiri pelaburan mereka.

Unit amanah adalah instrumen pelaburan yang mudah cair kerana ianya boleh dibeli atau dijual pada mana-mana hari bekerja tanpa sebarang tempoh tertentu.

• Apa yang anda perlu pertimbangkan sebelum melabur dalam unit amanah?

Anda sentiasa perlu mempertimbang faktor-faktor seperti objektif pelaburan, profil risiko, masa pelaburan dan kemampuan anda pada satu-satu masa.

Patutkah anda melabur dalam dana unit amanah yang disenaraikan di bahagian atas jadual prestasi sahaja?

Dana dengan rekod pelaburan selama tiga hingga lima tahun boleh digunakan untuk mengukur konsistensi prestasi dana. Walau bagaimanapun, tidak digalakkan bagi menggunakan kriteria ini sahaja untuk membuat keputusan pelaburan ke dalam mana-mana dana. Prestasi masa lalu tidak menjanjikan prestasi masa hadapan, iaitu dana akan terus mencatatkan pulangan yang sama pada masa akan datang.

  Berapa banyak yang anda perlu untuk memulakan pelaburan dalam dana unit amanah?

Modal yang diperlukan untuk melabur dalam dana unit amanah biasanya adalah berpatutan. Anda boleh melabur serendah RM10 untuk dana Principal Islamic Money Market yang berisiko rendah, RM100 untuk dana skim persaraan swasta (PRS) atau RM500 untuk dana ekuiti yang berisiko tinggi tetapi memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Anda boleh merujuk laman sesawang Principal di www.principal.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan unit amanah atau, mendapatkan nasihat daripada konsultan kami, bagi mendapatkan  maklumat mengenai pelbagai dana yang tersedia.
 

Pelaburan patuh syariah adalah berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang tidak boleh melibatkan riba (pengumpulan kadar faedah), gharar (spekulasi) mahupun maysir (perjudian).


3. Unit Amanah terbahagi kepada dua kategori :

Adakah anda tahu tentang perbezaan antara pelaburan konvesional dan pelaburan patuh syariah?

Konvensional VS patuh syariah

• Ciri-ciri pelaburan


Apabila anda memilih pelaburan konvensional, dana yang dilaburkan adalah tidak berasaskan pelaburan patuh syariah dan melibatkan pelaburan dalam syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi prinsip-prinsip Islam.

Manakala, pelaburan patuh syariah pula berlandaskan prinsip-prinsip Islam dengan garis panduan yang tidak boleh melibatkan riba (pengumpulan kadar faedah), gharar (spekulasi) mahupun maysir (perjudian).

Wang anda tidak akan dilaburkan dalam syarikat-syarikat yang menjana hasil keuntungan daripada penjualan alkohol, tembakau, produk berasaskan khinzir, perjudian, pornografi, senjata api serta perbankan dan insurans konvensional. 

Oleh kerana garis-garis panduan ini, pelaburan patuh syariah membolehkan anda mencapai misi kewangan anda secara beretika dan patuh syariah.

• Proses pelaburan

Proses pelaburan konvensional hanya disaring dari segi kekukuhan kewangan dan potensi pertumbuhan masa hadapan, manakala perlaburan patuh syariah melibatkan saringan tambahan dari segi syariah dibawah proses saringan pelaburan yang dikawal selia oleh penasihat syariah iaitu ahli-ahli berkepakaran dalam pelaburan Islam. 

Pulangan pelaburan dana patuh syariah berbanding pelaburan konvesional

Pelaburan patuh syariah juga berlandaskan proses pemilihan syarikat-syarikat yang kukuh, berpotensi mengharungi sebarang cabaran dalam pasaran, dan memberikan pulangan yang konsisten. Ia juga menekankan ketelusan agar pulangan berada dalam jangkaan serta dapat membantu anda melabur dalam dana-dana patuh syariah untuk memenuhi matlamat jangka masa pendek dan jangka masa panjang anda. 

4. Kepentingan kelebihan melabur dalam unit amanah patuh syariah

• Pelaburan yang sah dari segi perundangan Islam
• Sebagai simpanan masa hadapan
• Peluang untuk melabur dengan modal yang kecil
• Peluang untuk melabur dalam pasaran antarabangsa
• Mudah untuk dicairkan atau mengeluarkan duit pelaburan
• Pelbagai portfolio pelaburan yang ditawarkan


5. Lima kata kunci dalam unit amanah patuh syariah

• Memiliki objektif pelaburan yang jelas
• Memahami tentang keperluan pelaburan anda
• Membolehkan anda mencapai misi kewangan anda secara beretika 
• Jangan biarkan emosi mempengaruhi keputusan pelaburan
• Pelbagaikan pelaburan untuk mengurangkan risiko


6. Mengapa Principal?

Menawarkan pengurusan aset Islam yang holistik dan patuh syariah. Ini termasuk pemeriksaan untuk memastikan bahawa semua aspek operasi pengurusan pelaburan adalah patuh syariah

Principal sebagai rakan pelaburan anda

Principal mengamalkan 'standard' global dan amalan patuh syariah untuk pelaburan patuh syariah. Principal turut bekerjasama dengan Amanie Advisors, iaitu sebuah organisasi khidmat nasihat, perundingan, latihan dan penyelidikan syariah, untuk pelanggan institusi dan korporat yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan kewangan Islam.

Selain daripada beroperasi di Malaysia yang merupakan salah satu hab pelaburan Islam terbesar di dunia, Principal juga memegang rekod prestasi yang mantap dalam menguruskan portfolio Islam dan ini menjadikannya pilihan yang terbaik buat anda.


Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh Principal:

• Anugerah Aset 2019
o Pengurus Aset Islam Terbaik Asia Pasifik 2019

Anugerah Dana Pencen 2020
o Pengurus Dana Sukuk Domestik Terbaik 2019
o Pengurus Portfolio Sukuk Domestik ROI Terbaik 2019

Anugerah Dana Pencen 2021
o Anugerah Pengurus Dana Luaran 2021 – Pengurus Dana Sukuk Global ROI Terbaik 2 Tahun

Anugerah Aset 2021
o Anugerah Kewangan Islam Triple A 2021 – Pengurus Aset Islam Terbaik Tahun Ini (Asia Pasifik)


Anda sudah bersedia untuk mula melabur?

Anda boleh mula melabur menggunakan wang tunai atau wang KWSP anda.  Menerusi i-Invest milik KWSP, anda boleh menggunakan wang di dalam akaun satu KWSP anda, untuk melabur dalam dana unit amanah dan memaksimumkan simpanan persaraan anda. Layari laman web Principal untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut www.principal.com



Penafian: Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan termasuk apa-apa tambahan dan Lembaran Sorotan Produk (jika ada) telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungan itu. Salinan yang di atas boleh didapati di pejabat, pengedar atau di www.principal.com.my .Pelaburan mempunyai yuran dan caj yang dikenakan dan pelabur dinasihatkan agar mempertimbangkan yuran dan caj yang berkaitan sebelum melabur. Pengeluaran mana-mana unit yang berkaitan dengan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan hanya akan dibuat apabila menerima permohonan yang dirujuk dan mengiringi salinan Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang relevan.

Sebarang pelaburan dalam dana unit amanah, dana borong dan/atau skim persaraan swasta yang berkaitan mempunyai risiko. Panduan pelbagai risiko yang terlibat diterangkan dalam Prospektus, Memorandum Maklumat dan/atau Dokumen Pendedahan yang berkaitan. Anda perlu membuat penilaian risiko anda sendiri dan jika perlu  mendapatkan nasihat professional. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak iklan yang dikeluarkan oleh Principal.

** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI. 

*Artikel ini adalah kandungan berbayar