KOTA BHARU: Tiada pengkhususan kouta bagi jemaah orang kenamaan (VIP), kerana ia hanya berdasarkan sistem pendaftaran dan senarai kuota kepada jemaah mengikut turutan seperti sebelum ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata namun jika mereka melepasi proses rayuan dan saringan serta benar-benar berkelayakan sahaja akan dipilih untuk memenuhi kuota jemaah haji bagi tahun 2022.
"Ada yang merayu ada proses saringan dan mereka yang benar-benar berkelayakan memang layak untuk pergilah. Sebab ada jemaah-jemaah dalam kuota yang ditetapkan itu mereka tidak lepas saringan kesihatan.
"Jadi jumlah kekosongan itu ada maka dan dari jumlah kekosongan itulah akan dipertimbangkan kepada mereka yang merayu dan nama mereka ada yang tidak naik," katanya selepas menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada 13 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di sini yang musnah akibat kebakaran dan ribut baru-baru ini.
Sehubungan itu, katanya, selebihnya pengurusan yang dibuat pada tahun ini sesuai dengan jumlah kuota yang ditetapkan.
"InsyaAllah berdoalah pada tahun akan datang supaya kondisi COVID-19 semakin pulih, kerajaan Arab Saudi akan pertimbangkan kepada mereka yang merayu," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Marzuk turut menasihatkan kepada jemaah haji supaya menjaga kesihatan dan membawa bekalan ubatan sepatutnya bagi memastikan dapat mengerjakan ibadah haji dalam keadaan sihat supaya dapat melakukan mengerjakan ibadah mereka dengan sempurna.
"Suasana cuaca yang agak panas menyebabkan kesihatan mereka terjejas. Saya menasihatkan kepada jemaah haji yang telah pergi dan rombongan akhir selepas ini supaya menjaga kesihatan dan membawa bekalan ubatan sepatutnya," katanya.
Dalam pada itu, berhubung isu segelintir jemaah yang menipu status kesihatan mereka Ahmad Marzuk turut menegaskan pihak Tabung Haji (TH) sedang menyiasat perkara (penipuan status kesihatan) yang dilakukan segelintir jemaah yang menunaikan haji baru-baru ini.
Ditanya mengenai air zam zam yang tidak boleh dibawa pulang, beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada jemaah dimana mereka tidak boleh membawa pulang air zam-zam.
Ini kerana untuk membolehkan air tersebut sampai ke negara Malaysia dengan cara yang lebih selamat melalui agensi yang berdaftar menguruskannya.
"Kita dapat makluman air zam-zam tidak boleh di bawa pulang.
"Tak timbul tak boleh bawa pulang tapi ada caranya berhubung perkara itu," katanya lagi.
Wanna Abd Rahim
Sun Jul 03 2022

Ahmad Marzuk sewaktu menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada 13 keluarga di DUN Kijang yang musnah akibat kebakaran dan ribut. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tiada kuota haji VIP seperti didakwa - Ahmad Marzuk
Tiada pengkhususan kouta bagi jemaah orang kenamaan (VIP), kerana ia hanya berdasarkan sistem pendaftaran dan senarai kuota.

Imam Besar Masjid Putra mohon maaf
Ikmal berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

Masjid Putra mohon maaf isu video tular layanan jemaah 'VIP'
Pihak pengurusan masjid memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu kehadiran mereka.