Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes malaria manusia jangkitan tempatan sehingga 14 April tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pencapaian itu sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjadikan Malaysia sifar kes malaria jangkitan tempatan pada 2020.
Katanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengenal pasti Malaysia antara tiga negara (bersama Korea dan China) untuk mencapai status bebas Malaria menjelang 2020.
"KKM akan meneruskan komitmen bagi menjadikan Malaysia sifar kes malaria jangkitan tempatan pada 2020 dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan bersama agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan sebagainya bagi melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kemasukan semula jangkitan malaria," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini sempena Hari Malaria Sedunia 2018 yang bertemakan 'Bersedia Tumpaskan Malaria'.
Dr Noor Hisham berkata antara inisiatif yang dilaksanakan bagi mencapai malaria sifar ialah Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK) yang dilancarkan pada 2011.
"Selepas tujuh tahun perlaksanaan PSEMK, bilangan kes Malaria manusia jangkitan tempatan di Malaysia berjaya diturunkan sebanyak 98.4 peratus daripada 5,194 kes pada 2010 kepada 85 kes pada tahun 2017," katanya.
Beliau berkata masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam hal ini dan menyarankan mereka agar mengambil tiga langkah pencegahan bersama.
Langkah pencegahan itu ialah menggunakan kelambu berubat dan memakai 'repellent' (penghalau nyamuk) bagi penduduk yang tinggal di kawasan berpotensi jangkitan Malaria termasuk kawasan sempadan Indonesia dan Thailand.
Pemilik ladang pula disarankan tidak mengupah pekerja asing tanpa dokumen yang sah dan bagi mereka yang selalu masuk ke hutan untuk bekerja, menjalankan aktiviti rekreasi atau memburu, perlu menggunakan repellent dan memakai pakaian berlengan panjang, katanya.
Hari Malaria Sedunia merupakan antara lapan sambutan hari Kesihatan Awam Global yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal penyakit itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 28 2018
![Tiada kes malaria manusia manusia jangkitan tempatan dilaporkan di Malaysia setakat 14 April - KKM Tiada kes malaria manusia manusia jangkitan tempatan dilaporkan di Malaysia setakat 14 April - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437747508_Malaria.jpg)
Masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam hal ini dan menyarankan mereka agar mengambil tiga langkah pencegahan bersama. - Gambar fail
Data & Statistik: Satu daripada lima rakyat Malaysia menggunakan AI di tempat kerja
Satu daripada tiga rakyat Malaysia belum pernah menggunakan Artificial Intelligence (AI) di tempat kerja, manakala 10 peratus lagi hanya pernah menggunakan alat AI sekali sahaja. Ini menunjukkan terdapat jurang pendedahan yang ketara dalam pembangunan kemahiran AI di Malaysia, menurut Randstad Malaysia.
Jiwa SME: Pemasaran dalam talian kunci kejayaan Odara Wedding Planner
Aktif di pemasaran dalam talian termasuk menggunakan platform media sosial, menjadi kunci kejayaan kepada Odara Wedding Planner yang bertapak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pusat data Asia: Kesan kepada ekonomi dan pasaran
Pusat data (DC) telah menjadi pemacu utama bagi perkembangan ekonomi Malaysia, dengan pelaburan yang besar dari syarikat-syarikat terkemuka seperti Microsoft, Google, Amazon, dan ByteDance yang secara kolektif mengumumkan pelaburan sekitar US $12 bilion (kira-kira RM60 bilion).
Bagaimana pusat data mempengaruhi aktiviti pasaran saham dan ekonomi malaysia?
Bagaimana pusat data mempengaruhi aktiviti pasaran saham dan ekonomi malaysia?
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang ASEAN Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010762_duitringgit.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang ASEAN
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang ASEAN, didorong oleh sentimen positif.
![SUKMA 2024: Pasukan ragbi wanita Sarawak tetapkan sasaran mara ke perlawanan akhir SUKMA 2024: Pasukan ragbi wanita Sarawak tetapkan sasaran mara ke perlawanan akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721613134_tbSUKMASarawak.jpg)
SUKMA 2024: Pasukan ragbi wanita Sarawak tetapkan sasaran mara ke perlawanan akhir
Pasukan ragbi wanita Sarawak menetapkan sasaran untuk mara ke perlawanan akhir SUKMA 2024 yang akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos ini.
![Sanusi tiba di Mahkamah Shah Alam Sanusi tiba di Mahkamah Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721613932_TBMBKedahMuhammad.jpg)
Sanusi tiba di Mahkamah Shah Alam
Beliau hadir bagi menghadiri perbicaraan atas dua pertuduhan menghasut.
AWANI Pagi: Musim Bersukan, Persediaan Mental Jangan Dilupakan
Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirainya jumaat ini, keterujaan seluruh penduduk dunia pasti tertumpu kepada temasya sukan terbesar di dunia ini.
Ia dijangka sekaligus memberikan semangat dan motivasi untuk diri kita secara peribadi, lebih bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Ikuti perbincangan AWANI Pagi untuk kita ketahui bagaimana memastikan mental kita 'kuat' dan tidak 'koyak' seperti atlet profesional.
Ia dijangka sekaligus memberikan semangat dan motivasi untuk diri kita secara peribadi, lebih bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Ikuti perbincangan AWANI Pagi untuk kita ketahui bagaimana memastikan mental kita 'kuat' dan tidak 'koyak' seperti atlet profesional.
Anggaran KDNK: Makna kepada rakyat dan reformasi
Angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencerminkan aktiviti ekonomi di sesebuah negara. Dengan peningkatan KDNK, ia menunjukkan bahawa terdapat pertumbuhan dalam ekonomi di mana lebih banyak barangan dan perkhidmatan dihasilkan dan lebih banyak pekerjaan diwujudkan. Walau bagaimanapun, KDNK tidak memberikan gambaran lengkap tentang kualiti hidup rakyat dan cabaran kos sara hidup. Apakah aspek yang perlu dititikberatkan dalam mengukur kesejahteraan hidup rakyat?
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di mahkamah Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721612276_tbSuspekkesbunuh.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini tiba di mahkamah
Kelihatan suspek yang bergari hanya tunduk sebelum diiring masuk ke dalam mahkamah.
Data & Statistik: Anggaran KDNK awalan suku tahun kedua 2024
KDNK Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku tahun sebelumnya. Pertumbuhan yang dicatatkan ini adalah yang tertinggi semenjak suku keempat 2022 (7.4%). Bagi separuh pertama tahun 2024, KDNK meningkat 5.0 peratus berbanding 4.1 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
![Anak dan sembelit: Bagaimana ibu bapa boleh atasi masalah sembelit kanak-kanak Anak dan sembelit: Bagaimana ibu bapa boleh atasi masalah sembelit kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686829599_ToiletPaper.jpg)
Anak dan sembelit: Bagaimana ibu bapa boleh atasi masalah sembelit kanak-kanak
Masalah sembelit atau Functional constipation (FC) merujuk kepada kesulitan untuk membuang najis, merupakan satu daripada gangguan gastrointestinal yang biasa terjadi kepada kanak-kanak.
![Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703402828_maskgeneric.jpg)
Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai
Individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak.
![Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461803_WestNileVirus.jpg)
Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat
Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.
![Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000 Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718702873_TBstreptococcus.jpg)
Kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal di Jepun melebihi 1,000
STSS, juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah penyakit yang bermula secara tiba-tiba yang disebabkan Streptokokus Kumpulan A.
![Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673334420_DeraBayi.jpg)
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.
![Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703321425_TBDZULKEFLYAHMAD.jpg)
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
![Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709179535_KingHaraldNorway.jpg)
Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih.
![Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695811032_anjing.jpg)
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
![Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705400522_MataMerah.jpg)
Tanzania keluarkan amaran penularan wabak mata merah
Wabak itu menyebabkan kemerahan pada mata, kebanyakannya disebabkan oleh saluran darah yang membesar atau bengkak.
![Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705308088_DzulkeflyAhmad.jpg)
Lebih 120,000 kes denggi dilapor pada 2023, meningkat 86.3 peratus - Menteri
123,133 kes denggi telah dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3 peratus.